Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 5 November 2020

Penne masala berdaging


 Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Thanks to Sheila Rusly untuk resipi ni. Dek kerana mostly bahan-bahan dia ada stoknya, makanya kita ngetest. Ada 1-2 bahan yang saya tambah skit 😁

Bahan:
1 pek pasta penne direbus
1 biji bawang didadu
4 ulas bawang putih didadu
3 tangkai daun kari
2 inci halia didadu
1 sudu besar garam masala
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu kecil kas kas
2 kiub pati ikan bilis
1 cawan daging cincang
2 biji tomato potong 8
1 batang tangkai saderi dihiris serong
1 tangkai cili hijau dihiris
1/2 cawan mix vege
1 cawan tomato puri
1/2 cawan air
2 sudu besar chili flakes
Minyak zaitun untuk menumis


Penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Kemudian, tumis daun kari, bawang besar, bawang putih & halia. Masak hingga sedikit garing.
2. Masukkan rempah ketumbar, jintan, garam masala, kaskas & serbuk cili. Gaul hingga mesra. Selepas itu, masukkan tomato puri & kacau lagi.
3. Masukkan pula kiub ikan bilis, pecah-pecahkannya & sedikit air kemudian kacau. Selepas itu, masuk tomato, batang saderi & daging cincang. Kacau hingga daging separuh masak.


4. Letakkan pula mix vege & cili hijau lalu masak seketika. Akhir sekali, masukkan penne & chili flakes. Gaul hingga semuanya mesra.Tutup api & letakkan dalam bekas hidangan. Taburkan sedikit chili flakes & hirisan daun saderi atau daun ketumbar. Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...