Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 13 Julai 2020

Resipi Bihun Sup Utara yang sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

1st time buat bihun kuning ni. Ayah mertua yang first time tengok pun takut-takut nak makan. Katanya tak pernah lihat bihun orang warnakan kuning 😁
Dah kabor ke dia, orang Kedah & Perlis selalu buat bihun cenggini.

Alhamdulillah, sedap.
Jika ikutkan makan dengan sambal merah tapi dek kerana rumah ni suka cili kicap, Kita layankan aje. Jika suka bergedil, boleh add-on sekali.

Bahan sup:
4-5 ketul bahagian ayam (dipotong sederhana besar)
1 batang serai diketuk
1 1/2 inci halia ditumbuk
5 biji bawang merah ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
6 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
1 sup bunjut
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 pokok daun sup dikerat kasar
1 batang lobak merah
Garam secukup rasa
1-2 liter air

Bahan lain:
1/2 pek bihun
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 liter air untuk merebus bihun
3 biji limau kasturi dibelah dua
1 cekak sawi batang pendek
1 genggam taugeh
1 keping tauhu
1 pek suhun & fucuk
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. UNTUK SUP: panaskan periuk & masukkan 4 sudu besar minyak masak. Setelah panas, masukkan buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Kacau sebentar & masukkan bahan tumbuk. Setelah naik bau, masukkan potongan ayam. Kacau sebentar & masukkan sedikit air. Biarkan ayam masak seketika. Selepas itu, 1 liter air, sup bunjut, serai, lobak merah & daun sup. Kacau & masak hingga ayam empuk & lobak separuh lembut. Masukkan garam secukup rasa.
2. UNTUK BIHUN: masukkan bihun dalam periuk. Masukkan air hingga bihun tenggelam. Masuk serbuk kunyit & garam, kacau. Rebus hingga bihun lembut. Tos & biarkan sejuk.
3. BAHAN LAIN: Celur taugeh & sawi. Untuk tauhu, suhun & fucuk, goreng & tos. Untuk cili kicap, kisar cili padi, 1 ulas bawang putih, 1/2 cawan kicap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...