Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 20 Julai 2020

Resipi Ayam Goreng Berempah Ala Nasi Kandar


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ayam goreng berempah ala nasi kandar.
Sedap. Itu yang saya rasa bila Rudy berjaya masak ayam goreng ni. Resipinya kami ambil dari FB Mamak Haji Penang. Itupun tepung beras kami tak letak sebab dah habis stok.

Sesiapa yang suka ayam goreng, boleh cuba. Warna merah yang naik dari saduran ayam tu, rempahnya dibeli di kedai rempah area jalan Masjid India. Setin RM5.50 aje.

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 12
4 Sudu besar tepung ubi kayu
2 Sudu besar tepung beras.
1 Sudu besar tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil serbuk kunyit.
2 Sudu besar serbuk Kari Daging.
1/2 sudu kecil serbuk pewarna merah
1 Sudu besar cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar kisaran halus bawang besar 1 biji + bawang putih 4 ulas + Halia 2 inci
3 tangkai daun kari dihiris
Garam secukup untuk dirasa.
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Bersihkan ayam & garam kunyitkan ia seketika. Masukkan serbuk kari, kisaran bawang besar, putih & halia. Gaul mesra.
2. Kemudian masukkan tepung ubi, tepung beras & tepung jagung bersama serbuk lada putih & daun kari.Gaulkan rata & dapatkan kelikatan tepung yang sesuai. Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebiji atau sedikit air.
3. Perap ayam dalam 1-2 jam di dalam fridge. Ini bagi memastikan rempah mesra dengan ayam.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
Gunakan api sederhana. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak. Dalam 4-5 ketul sekali goreng. Gorengan biasanya mengambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kering sewaktu menggoreng. Angkat & toskan. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Komen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...