Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 9 Julai 2019

Resipi Fish & Chips Dengan Onion Rings


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tetiba teringat suami punya fish & chips. So, bila dah dapat mesin deep fried dari adik, kita try lah.

Untuk fish, saya sarankan guna ikan dory atau barramundi yang dah siap pek di supermarket.
Tapi, jika anda dapat yang fresh, sangat bagus.
Untuk onion rings, guna bawang Holland. Sebiji bawang Holland, boleh dapat dalam 25-30 gegelang saiz besar.

Butter atau adunan ikan & bawang, boleh guna yang sama. Cuma untuk bawang, sadurkan dulu dengan tepung gandum biasa & baru dicelup dalam adunan.

Bahan:
3 keping ikan dori dipotong 3 setiap keping
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil paprika
2 biji telur
1 - 1 1/2 cawan stok ayam (bergantung pada adunan agar tidak terlalu pekat/cair)
2 sudu tepung gandum untuk saduran ikan
Minyak untuk menggoreng
Lemon untuk hidangan (jika suka)

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali deep fried atau periuk berisi minyak yang agak banyak. Guna api sederhana.
2. Dalam 1 mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, garam, lada hitam, paprika & telur. Kacau & kemudian, perlahan-lahan masukkan stok ayam agar menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
3. Setelah minyak panas, sadurkan ikan dengan sedikit tepung gandum & kemudian celup dalam adunan tepung. Kemudian, masukkan perlahan-lahan ikan ke dalam periuk. Goreng dalam 2-3 minit setiap bahagian.
4. Setelah masak, tapis ia atau keringkan guna tisu. Siap.
Untuk onion rings, langkah adalah sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...