Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 28 April 2011

Puding Laici mama yang sedappp...

Salam semua. Kali ni saya nak kongsi resepi puding laici yang memang sedap. Lagi sedap kalau mama saya yang tersayang buat. Pergh, marvelous...

Bahan2nya:
1. 2 paket agar-agar
2. 1 tin laici
3. 1 tin susu cair
4. gula pasir 3/4 cawan
5. gula batu (membantu untuk pekatkan agar2)
6. air 140 ml. Kalau agar2 2 paket, kena doublekan air atau kurang sedikit. Jangan lebih sangat nanti puding lembik.


Cara2 membuatnya:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan agar2. Kacau agar2 sehingga cair.



2. Bila dah cair, masukkan gula pasir, gula batu, susu cair dan separuh air dalam tin laici. Jangan tuang habis air laici ke dalam periuk tau. Kacau hingga mendidih dan gula batu sudah mencair.



3. Bila dah mendidih, perlahankan api dan kemudian tutupnya. Jangan lupa kacau sehingga tidak terlalu panas. Kemudian masukkan puding ke dalam tupperware dan biarkan ia sejuk sendiri di atas meja.

4. Bila puding dah sejuk, taburkan buah laici yang dicarik-carik ke atas puding. Baki air laici yang separuh lagi di dalam tin, tuangkan ke atas puding juga.



5. Dan kemudiannya, simpan puding tersebut ke dalam peti ais untuk sejukkan dia. Dalam 1 jam, semua orang boleh nikmati puding yang sedap, sejuk dan nyaman tu... :)


Tadaaa... Dah siap utk di'nyum nyum'kan... hehehe...

Anak saudara sorang ni memang pantang nampak saya amik gambar. Dia pun apa lagi, keluarlah ayat, "Mak su, amik gambar Nurin, mak su." So, layankan ajelah... :)

Selamat mencuba...

2 ulasan:

  1. Hi.
    Wah... memang nampak sedap! Saya pun suka puding laici. Tapi belum pernah cuba buat. Hehe... :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...