Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 1 Jun 2019

Rolex Uganda, Jam atau Makanan?


Assalammulaikum & Salam Sejahtera

Resipi baru dari negara Uganda. Ni semua gara-gara rancangan The Amazing Race latest.
Ada satu task yang mereka kena selesaikan iaitu 'make Rolex'. Dan dari sini, peserta start confius sebab peserta US ingat Rolex tu jam padahal ia makanan street food di Uganda.
Sangat mudah. Semua bahannya ada.

Bahan:
5 keping chapati (Saya guna brand Kawan)
5 biji telur
1 biji tomato didadu
1 biji bawang besar didadu
5-7 helai daun bawang (boleh guna daun ketumbar jika suka)
1 sudu kecil garam
Sedikit minyak until menggoreng telur
Kuali leper


Penyediaan:
1. Panaskan chapati atas kuali tanpa minyak hingga sedikit garing. Angkat & ketepikan.
2. Masukkan telur, tomato, bawang, daun bawang & garam ke dalam satu mangkuk. Kacau & ketepikan.
3. Letakkan sedikit minyak di atas kuali leper tadi & setelah minyak panas, letakkan sesenduk besar bahan adunan telur. Ratanya lebih kurang saiz chapati anda. Masak telur seperti omelette. Setelah terbalikkan bahagian telur atas ke bawah, tekapkan chapati di atasnya. Tekan-tekan sedikit agar ia sedikit melekat & kemudian angkat & letakkan atas pinggan.



4. Setelah sedikit sejuk, gulungkan ia. Siap untuk dimakan.
P/s: Rolex juga enak dimakan (kalau versi orang asia tenggara) dengan diletakkan sos, mayo atau makan dengan kuah kari or sambal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...