Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Selasa, 16 Julai 2019
Kek Batik, Akhirnya Menjadi Lembut Juga
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Kek batik.
Masa belajar dulu, inilah kek yang menjadi feveret sebab tak payah bakar bagai. Godek aje daalm kuali & masuk fridge.
Kek batik ni juga, nostalgia time bercinta dulu. Ex-tunang dulu kalau cakap, "Fisyah, buat kek batik. Walaupun liat & kenyal, tapi sedap." Adakah ini dipanggil 2 in 1. Puji + perli = nak kek??
Semalam, ex-tunang tu makan. Berketul-ketul dia makan. Alhamdulillah, 'kejadian' kek batik semalam lebih baik dari 15 tahun dulu ☺️☺️ .
Bahan:
1 pek biskut Marie dipatah 4
250gm mentega
1 cawan Milo / 17 sudu Milo
1 tin susu pekat
1 cawan air
2 biji telur
Penyediaan:
1. Guna api sederhana & masukkan mentega dalam kuali. Setelah separuh cair, kecilkan api & kacau sebentar. Kemudian, masukkan milo & telur yang sudah dikocok. Kacau hingga mesra.
2. Selepas itu, masukkan susu pekat & air berselang-seli sehingga habis. Kacau adunan hingga mendidih.
3. Setelah mendidih & sedikit pekat, tutup api. Masukkan biskut Marie & kacau hingga mesra. Masukkan adunan kek batik ke dalam bekas yang sudah dilapikkam dengan plastik cling. Tekan-tekan adunan biskut hingga mampat. Masukkan dalam peti sejuk & biarkan ia mengeras dalam 3-4 jam (minimum). Siap .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan