Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 11 Julai 2019

Chilli Cheese Hotdog, Resipi Hotdog Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Chilli Cheese Hotdog ni sebenarnya saya ternampak kat dalam Pinterest. Nampak macam best aje menunya. So, apa lagi kita trylah.

Resipi ni macam hotdog biasa tapi kita add-on pepperoni & kuah daging cincang pedas. Jika rumah tiada oven, boleh aje guna kuali ajaib tu as long bungkus dengan kertas aluminium.

Bahan:
1 roti baguette / roti panjang
4 hotdog jumbo / 6 hotdog biasa
150gm parutan keju cheddar
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang besar didadu
200gm daging cincang
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1/4 cili benggala kuning didadu
1/4 cili benggala merah didadu
1/4 cili benggala kuning dihiris panjang
1/4 cili benggala merah dihiris panjang
1 biji tomato dipotong bulat & kemudian potong separuh
20 keping pepperoni (jika suka)
Garam secukup rasa
Kertas aluminium
Hirisan daun kucai .

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar & masak hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan daging cincang. Masak hingga air daging tersejat & daging pecah2.


2. Masukkan pula sos cili & sos tomato. Kacau sebentar & masukkan cili benggala kuning & merah yang didadu. Kacau. Selepas itu, masukkan garam secukup rasa. Kacau sebentar & tutup api.
3. Panaskan oven pada suhu 180°c. Jika oven kecil, potong roti baguette kepada 2 & kemudian belah atas tapi jangan terputus. Ia bagi mengisi bahan di dalam roti.



4. Taburkan separuh keju cheddar dalam roti terbelah & kemudian letakkan hotdog. Selitkan hirisan tomato & cili benggala. Selepas itu, sudukan kuah daging pedas tadi atas hotdog. Susun kepingan pepperoni atasnya & kemudian tabur baki keju.



5. Letakkan roti atas kertas aluminium & kemudian bungkus roti tersebut. Letakkan atas tray & masukkan dalam oven. Bakar dalam 30 minit.
6. Setelah masak, buka kertas aluminium & taburkan hirisan daun kucai. Enak dimakan panas-panas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...