Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 17 Julai 2019

Sayur Campur yang Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sayur Campur.
Bila dah semakin berusia, secara tak langsung, Allah kurnia tekak mahu makan sayur demi kesihatan diri.

Untuk sayur campur ni, just letakkan bawang, sedikit potongan ayam, lobak merak, batang saderi, sawi & cili benggala kuning & merah. Nak letak udang, daging, fish ball atau fish cake, boleh aje.
Nak sihat lagi, letak minyak zaitun

Selasa, 16 Julai 2019

Kek Batik, Akhirnya Menjadi Lembut Juga


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kek batik.
Masa belajar dulu, inilah kek yang menjadi feveret sebab tak payah bakar bagai. Godek aje daalm kuali & masuk fridge.

Kek batik ni juga, nostalgia time bercinta dulu. Ex-tunang dulu kalau cakap, "Fisyah, buat kek batik. Walaupun liat & kenyal, tapi sedap." Adakah ini dipanggil 2 in 1. Puji + perli = nak kek??

Semalam, ex-tunang tu makan. Berketul-ketul dia makan. Alhamdulillah, 'kejadian' kek batik semalam lebih baik dari 15 tahun dulu ☺️☺️ .

Bahan:
1 pek biskut Marie dipatah 4
250gm mentega
1 cawan Milo / 17 sudu Milo
1 tin susu pekat
1 cawan air
2 biji telur

Penyediaan:
1. Guna api sederhana & masukkan mentega dalam kuali. Setelah separuh cair, kecilkan api & kacau sebentar. Kemudian, masukkan milo & telur yang sudah dikocok. Kacau hingga mesra.
2. Selepas itu, masukkan susu pekat & air berselang-seli sehingga habis. Kacau adunan hingga mendidih.
3. Setelah mendidih & sedikit pekat, tutup api. Masukkan biskut Marie & kacau hingga mesra. Masukkan adunan kek batik ke dalam bekas yang sudah dilapikkam dengan plastik cling. Tekan-tekan adunan biskut hingga mampat. Masukkan dalam peti sejuk & biarkan ia mengeras dalam 3-4 jam (minimum). Siap .

Isnin, 15 Julai 2019

Resipi Mi Wantan @ Mi Wanton


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Mi Wantan @ Mi Wonton, menu yang kekadang sentiasa dicari di restoran bila malas masak atau nak diet. Ngeee...

Wantan tu, saya buat sendiri so, saiznya memang kecil aje sebab guna kulit wantan dah siap dijual di pasaraya. Untuk isi wantan, boleh aje guna ayam atau udang (saya guna ayam sebab Rudy x makan udang). Bahan kulit wantan:
Kulit wantan
2-3 keping isi ayam dicincang halus
1 biji lobak merah diparut halus
4-5 tangkai daun kucai / bawang
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam

Bahan sup wantan:
4 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris halis
1 biji bawang besar dihiris
2 kiub pati ayam
1 pek fishball
1 liter air
Garam secukup rasa
3 sudu minyak untuk menumis

Bahan ayam:
4-5 bahagian ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar madu
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu jus halia
Sedikit gula
3 cawan air
Madu + air (untuk saduran)

Penyediaan:
1. Celur mi wantan dalam air mendidih. Toskan & letak dalam bekas cantik. Kemudian, celurkan juga sawi & taugeh. Toskan & letak dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Untuk sup, panaskan periuk. Panaskan minyak & kemudian tumis bawang besar, bawang putih & halia. Setelah naik bau, masukkan air. Setelah mendidih, masukkan kiub pati ayam & fishball. Kacau sebentar & masukkan garam secukup rasa. Setelah mendidih & fishball masak, tutup api. Siap.
3. Untuk wantan, gaul semua bahan inti. Selepas itu, letakkan sesudu inti ke atas kulit wantan. Sapukan sedikit air sekeliling kulit wantan & kemudian bunjutkan ia atau lipat ikut suka. Goreng wantan seperti biasa. Ketepikan.

Isi Wantan. Boleh aje nak gantikan dengan udang.


4. Untuk ayam, perap ayam dengan semua bahan tadi kecuali madu+air. Perap dlm 1/2 jam atau lebih. Selepas itu, rebus ayam hingga empuk & kuah kering. Kemudian, keluarkan ayam & letak atas tray. Sapukan madu & air atasnya & panggang dalam oven pada suhu 200°c sehingga ayam perang. Selepas masak, angkat, ketepikan & potong ikut suka. Siap.

Khamis, 11 Julai 2019

Chilli Cheese Hotdog, Resipi Hotdog Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Chilli Cheese Hotdog ni sebenarnya saya ternampak kat dalam Pinterest. Nampak macam best aje menunya. So, apa lagi kita trylah.

Resipi ni macam hotdog biasa tapi kita add-on pepperoni & kuah daging cincang pedas. Jika rumah tiada oven, boleh aje guna kuali ajaib tu as long bungkus dengan kertas aluminium.

Bahan:
1 roti baguette / roti panjang
4 hotdog jumbo / 6 hotdog biasa
150gm parutan keju cheddar
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang besar didadu
200gm daging cincang
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1/4 cili benggala kuning didadu
1/4 cili benggala merah didadu
1/4 cili benggala kuning dihiris panjang
1/4 cili benggala merah dihiris panjang
1 biji tomato dipotong bulat & kemudian potong separuh
20 keping pepperoni (jika suka)
Garam secukup rasa
Kertas aluminium
Hirisan daun kucai .

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar & masak hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan daging cincang. Masak hingga air daging tersejat & daging pecah2.


2. Masukkan pula sos cili & sos tomato. Kacau sebentar & masukkan cili benggala kuning & merah yang didadu. Kacau. Selepas itu, masukkan garam secukup rasa. Kacau sebentar & tutup api.
3. Panaskan oven pada suhu 180°c. Jika oven kecil, potong roti baguette kepada 2 & kemudian belah atas tapi jangan terputus. Ia bagi mengisi bahan di dalam roti.



4. Taburkan separuh keju cheddar dalam roti terbelah & kemudian letakkan hotdog. Selitkan hirisan tomato & cili benggala. Selepas itu, sudukan kuah daging pedas tadi atas hotdog. Susun kepingan pepperoni atasnya & kemudian tabur baki keju.



5. Letakkan roti atas kertas aluminium & kemudian bungkus roti tersebut. Letakkan atas tray & masukkan dalam oven. Bakar dalam 30 minit.
6. Setelah masak, buka kertas aluminium & taburkan hirisan daun kucai. Enak dimakan panas-panas.


Rabu, 10 Julai 2019

Nasi Goreng Jagung dengan Ayam Masak Kicap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Selalu kita dengar atau makan, nasi jagung. Kali ni cuba buat nasi goreng jagung pula. Mungkin anda terfikir akan manisnya jagung tapi bila diletak dengan cili padi & lada hitam dalam kuah kicap, sedap. Lagi-lagi makan time panas-panas. Confirm bertambah.

Bahan:
2 mangkuk nasi putih
1 tongkol jagung rebus disisirkan jagung dari tongkolnya
5 tangkai cili padi
1/2 biji bawang besar dihiris
1 ketul isi ayam masak kicap dipotong dadu berserta kuahnya sedikit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Setelah panas, masukkan bawang besar. Kacau hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan kuah ayam masak kicap & ayamnya. Kacau-kacau sebentar.
2. Masukkan pula telur. Kacau sesekali agar telur tak terlalu hancur. Selepas itu, masukkan nasi, jagung & cili padi. Kacau sebentar & kemudian masukkan garam. Kacau hingga mesra. Siap.

Selasa, 9 Julai 2019

Resipi Fish & Chips Dengan Onion Rings


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tetiba teringat suami punya fish & chips. So, bila dah dapat mesin deep fried dari adik, kita try lah.

Untuk fish, saya sarankan guna ikan dory atau barramundi yang dah siap pek di supermarket.
Tapi, jika anda dapat yang fresh, sangat bagus.
Untuk onion rings, guna bawang Holland. Sebiji bawang Holland, boleh dapat dalam 25-30 gegelang saiz besar.

Butter atau adunan ikan & bawang, boleh guna yang sama. Cuma untuk bawang, sadurkan dulu dengan tepung gandum biasa & baru dicelup dalam adunan.

Bahan:
3 keping ikan dori dipotong 3 setiap keping
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil paprika
2 biji telur
1 - 1 1/2 cawan stok ayam (bergantung pada adunan agar tidak terlalu pekat/cair)
2 sudu tepung gandum untuk saduran ikan
Minyak untuk menggoreng
Lemon untuk hidangan (jika suka)

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali deep fried atau periuk berisi minyak yang agak banyak. Guna api sederhana.
2. Dalam 1 mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, garam, lada hitam, paprika & telur. Kacau & kemudian, perlahan-lahan masukkan stok ayam agar menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
3. Setelah minyak panas, sadurkan ikan dengan sedikit tepung gandum & kemudian celup dalam adunan tepung. Kemudian, masukkan perlahan-lahan ikan ke dalam periuk. Goreng dalam 2-3 minit setiap bahagian.
4. Setelah masak, tapis ia atau keringkan guna tisu. Siap.
Untuk onion rings, langkah adalah sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...