Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, rezeki saya kali ini dapat baca buku yang sangat bagus. Saya berikan naskhah buku thriller tulisan Ramlee Awang Murshid ini 5 bintang.
Untuk lengkapkan koleksi bacaan saya bulan Februari yang betul-betul lengkap membaca, saya ambil buku Raudhah ini yang ada dalam stok saya sejak bulan Januari. Kerana hambatan kerja harian dan lain-lain, saya mengambil masa hampir 3 hari untuk selesaikan bacaan.
Pada awal novel ini, prolognya menceritakan tentang seorang 'Awwabin' - Orang yang Bertaubat. Dan bila masuk bab satu & berikutnya, kisah tentang Faris si Joker, professional contract killer yang membunuh orang berdasarkan pada emel yang diterima daripada White. Kebanyakannya adalah penjenayah kolar putih. Dan satu hari, Faris, tiba-tiba diserang heart attack ketika berada di sebuah restoran. Dan jantungnya berhenti berdenyut selama 3 minit & kemudiannya dia hidup kembali.
Hampir separuh dari novel ini menceritakan tentang Joker @ Faris yang ingin kembali bertaubat selepas terjumpa rakan lamanya, Hambali di Masjid Negara, tentang bagaimana Joker terbentuk dan membunuh serta bagaimana Faris & Hambali ingin berlepas diri daripada cengkaman White. Dalam pada membaca plot tersebut, tanpa dipinta, air mata saya terbit. Cara Faris ingin kembali pada jalan Allah dan kekuatan yang Hambali berikan serta selitan pernyataan bahawa 'Semua dosa diampun kecuali SYIRIK KEPADA ALLAH', membuatkan saya secara tak langsung berfikir, betapa Allah sangat sayang pada hambaNYA. Sebesar apa pun dan sebanyak mana pun dosa kita, jika kita meminta ampun dan bertaubat, DIA tetap akan memaafkan kita. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...
Dan sebaik Faris ke tanah suci untuk menunaikan umrah sebagai cara untuk dia kembali bertaubat pada Allah, satu lagi ujian terpaksa dia hadapi. Dia dituduh membunuh seorang lelaki ketika dalam perjalanan pulang dari Masjid Nabawi menuju ke hotel. Dia dipenjarakan dan dikenakan hukum hudud sebagai undang-undang yang terlaksana di sana. Kebesaran Allah atau erti kata lain, keajaiban berlaku. Perlaksanaannya ditangguhkan dari satu masa ke satu masa atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan pada masa sampai hukuman dijalankan, isteri lelaki yang menuduh Faris tetap tidak mahu memaafkannya sehinggalah Faris menyatakan, "Allah Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku. Aku... memaafkanmu atas khilaf ini." Dan hampir sahaja pedang mahu memancung leher Faris, si isteri menjerit supaya tunggu. Dan akhirnya dia memaafkan... Exactly ada sebab tertentu yang membuatkan wanita itu memaafkan. Silalah baca novel ini ya. Nanti tak surprise pula.
Dan rupanya, hampir nak ending, satu lagi kejutan penulis telah buat. Rupanya everything yang diceritakan sebelum ini rupanya berlaku dalam alam koma selama 3 minit yang berlaku tu. Nampak seperti tidak logik kan? Tapi, jika anda teringat kisah lelaki yang hilang di Bukit Broga baru ini, anda akan nampak persamaannya. Masa di dunia kita dan dunia sebaliknya adalah tidak sama. Dan jika anda teliti hadis berkaitan waktu lamanya kita di Barzakh, alam kubur, di neraka (nauzubillah..), juga adalah berbeza. Anda akan faham bahawa apa sahaja yang berlaku adalah atas kehebatan Allah yang Mencipta masa itu.
Ending novel ini, rasanya biarlah saya rahsiakan. Kiranya nanti jika saya ceritakan semua, tak thrill pula novel thriller ni :)
Anyway, thank you Ramlee Awang Murshid for this novel. Ia mampu membuatkan saya mengingati Allah dan secara tidak langsung berusaha belajar untuk sentiasa bersangka baik kepadaNYA.
Happy reading everyone.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan