Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Bergedil untuk semua
Assalammualaikum.
Bergedil. Rasanya semua orang yang dok Malaysia atau orang Melayu amnya memang kenal dengan makanan ni. Ia sedap dimakan begitu sahaja tapi lebih sedap lagi jika dimakan dengan bihun sup bersama dengan cili padi kicap. Pergh! Memang sodap sangat sampaikan ayah mertua saya dan suami memang suka bergedil ni ada jika ada bersama bihun sup.
Jom saya kongsikan resipi memasaknya. InsyaAllah anda puas hati bila memasaknya. Saya bukannya apa, sekarang ni masih lagi ada rasa terkilan dengan senaskhah buku masakan yang suami beli. Boleh pula 2 resipi berbeza yang dicuba dalam buku tu tak menjadi. Macam ada tertinggal step atau memang dia tak nak kasi kita buat betul. Entahlah...
Biarkanlah buku tersebut, penulisnya dan penerbitnya terjun dengan labu-labunya. Jangan kita join sekali udahlah.
Bahan-bahan:
1. 2 kg kentang
2. 300 gm daging cincang
3. 3-5 batang daun sup & daun bawang
4. 2 biji telur
5. Minyak masak
6. Garam
Penyediaan:
1. Buang kulit semua kentang. Pastikan bila kulit dah dibuang, rendamkannya dalam bekas berisi air. Ini bagi memastikan warnanya tidak berubah.
2. Setelah buang semua kulit dan rendam, potong kentang sederhana nipis tapi lebih teballah dari kentang Mr Potato tu. Ini bagi memastikan bila anda menggoreng, ia cepat sedikit masak berbanding jika dipotong empat aje. Rendam balik kentang yang dipotong tu ke dalam air tau.
3. Panaskan minyak masak untuk menggoreng. Sebaik panas, masukkan kentang untuk menggoreng. Jangan penuh sangat dalam kuali tu. Kang payah pulak nak terbalik-balik kan kentang tu. Free aje terkena minyak panas.
4. Sementara tunggu kentang masak, hiris daun bawang dan daun sup tu. Asingkan seketika.
5. Setelah semua kentang siap digoreng (jangan garing sangat tau, sedang-sedang gitu. Janji kentangnya lembut), masukkan dalam bekas kentang goreng tadi daging cincang, hirisan daun sup & daun bawang serta sedikit garam. Gaul bagi mesra sikit agar garam dan daun tu bercampur dengan kentang dan daging.
6. Kaut sedikit campuran kentang dengan bahan-bahan tadi dan letak dalam lesung batu. Tumbuk sehingga kentang lumat. Kalau tak lumat, nanti masa nak kepal dan goreng, confirm tercabut semua tu dalam kuali. Tumbuk semua tu sehingga selesai ya.
7. Bila dah selesai, ambil sedikit kentang yang lumat itu dan kepal-kepalkannya. Tang ni, ikut suka anda sama ada nak kecil saiznya atau besar. Kami suka sederhana besar. Contohnya macam dalam gambar di bawah.
8. Bila dah siap kepal semua kentang tu, panaskan minyak balik.
9. Sementara tunggu minyak panas, pecahkan 2 biji telur dalam sebuah mangkuk. Kacau telur tersebut sehingga kembang.
10. Bila minyak sudah panas, ambil seketul bergedil dan salutkan dengan telur tadi. Kemudian, masukkan ke dalam minyak panas tadi. Teruskan menggoreng bergedil yang seterusnya macam biasa.
11. Setelah masak, toskan atas kertas tisu atau apa aje agar minyak tersejat. Lepas tu, apa lagi, kita makan lah...
Tip yang paling penting, pastikan menggoreng dalam minyak yang panas tau, bukan suam-suam kuku gitu. Kalau tidak bergedil akan jadi lembik, berminyak dan mudah berderai bila diterbalikkan atau diangkat.
Happy cooking
Labels:
Resipi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan