Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi Butter Chicken

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, menjadi juga saya mencuba resipi baru dari isteri sepupu saya (both of them just get married).
Bila nampak gambar lauk dan resipinya ditepek kat dalam facebook & hari ni pula memang saya kena masak di dapur untuk makcik-makcik kenit yang balik sekolah nanti, makanya saya cubalah resipi ni. Resipinya lebih kurang dengan butter prawn cuba kali ni versi ayam dan berkuah.

Bahan-bahan:
1. Ayam dalam 10 ketul (potong ikut suka)
2. 1 sudu besar serbuk kari
3. 3-4 inci kunyit hidup yang ditumbuk lumat / 1 sudu besar serbuk jintan putih (dek kerana takde kunyit kat rumah ni, saya guna jintanlah)
4. 2 sudu besar tepung jagung
5. 1 sudu kecil garam
6. 4-5 sudu besar butter @ mentega
7. 1/2 biji bawang besar dihiris halus
8. 3 tangkai daun kari
9. 6-7 biji cili padi dihiris nipis (kalau nak pedas, tambahlah ikut suka).
10. 1/2 tin susu cair / 1/2 kotak susu full cream (susu cair takde, saya ganti dengan susu full cream)
11. 1 sudu besar susu pekat
12. Gula & garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Perap ayam dengan serbuk kari, kunyit / jintan, tepung jagung & garam. Perap dalam 2-3 jam.
2. Goreng ayam macam biasa. Jangan terlalu garing sangat. Sedang-sedang gitu.
3. Dalam kuali lain, masukkan butter bila kuali panas.
4. Bila butter cair, masukkan bawang dan goreng sedikit garing. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari.
5. Bila dah naik bau, masukkan susu cair / susu biasa serta susu pekat. Jika rasa nak kuah lebih, tambahkan aje susu cair / susu full cream tu ya.
6. Bila dah mendidih sedikit, masukkan pula ayam yang sudah digoreng tadi. Tarukkan juga garam dan sedikit gula secukup rasa. Tapi rasanya garam tu kena lebih sikit sebab susu yang banyak akan membuatkan ia tawar.
7. Biarkan api sederhana perlahan dan kacau. Bila dah mendidih dan ayam sedikit lembut dan rasa pun ada umph!, bolehlah ditutupkan api dapurnya dan dihidangkan...

Nampak bahannya macam banyak tapi ia semua mudah diperolehi dan memang senang & sedap.

Happy cooking...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...