Rezeki, jodoh, ajal dan maut sudah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi. Ianya juga sebahagian daripada ujian dalam rukun iman ke-6 iaitu qada' dan qadar Allah. Bukan mudah sebenarnya untuk mendidik hati, jiwa dan fikiran agar menerima setiap yang berlaku adalah ketentuan dariNYA. Hati mula berbisik, 'kalau aku buat begini, tentu tidak akan berlaku perkara ini.' Jiwa pula sukar untuk menerima dengan baik apa yang telah berlaku. Fikiran pula asyik memikirkan perkara lepas, seolah-olah tidak mahu melupakannya.
Pernah satu ketika dahulu, zaman remaja saya, saya menyukai beberapa orang lelaki. Namun, ianya sekadar suka kerana wujudnya keadaan 'orang lain ada, aku pun nak ada jugak'. Dalam pada proses itu, pelbagai perangai, sikap dan perilaku orang saya belajar. Sama ada lelaki mahupun perempuan. Rakan baik dan rakan biasa.
Dan dalam pada saya memerhatikan tingkah orang lain, suka pada orang lain, rupa-rupanya saya juga turut diperhatikan & diminati. Macam tak percaya aje rasanya. Hahaha... But, that is not the point that I want to share here.
Apa yang saya nak kongsikan ialah bila mana saya mula ingin steady dengan hubby saya, hati saya mula berkira-kira. Betulkah dia untuk aku? Betulkah dia suka pada aku? Betul ke aku suka pada dia? All the negative thoughts jumble up in my mind. Hati adakala berbelah bagi. Namun, saya tak berani untuk membuat keputusan yang drastik. Takut ianya tersalah.
Akhir sekali, apa yang mampu saya lakukan ialah saya akan berdoa pada Allah pada sujud terakhir dan dalam doa selepas solat. Doa yang sering saya pinta dahulu, "Ya Allah, jika benar dia jodohku, maka kau rapatkanlah hubungan kami. Dan jika bukan, aku pohon Kau jauhkanlah hubungan kami dengan cara yang baik. Aku tidak mahu ada antara kami yang hatinya akan terguris dan tersiksa." Ya, doa inilah yang sering saya lafazkan dalam hati dan mulut sehinggalah saya sah menjadi isteri kepada hubby tersayang saya sekarang. Segala puji bagi Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Sebaik bergelar isteri, doa itu telah saya ubah. Berdoa yang hubungan kami kekal hingga ke syurga. Dikurniakan keluarga yang bahagia dan diberi kekuatan dalam mengharungi segala cabaran dalam kehidupan.
Buat pembaca yang belum bertemu jodoh atau dalam persimpangan dilema, apa yang mampu kita lakukan ialah solat dan berdoa. Minta padaNya. Hanya Dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk diri kita pada masa hadapan. Berusahalah untuk tidak berputus asa.
Dari Ali r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi."
(Hadis riwayat Al-Hakim)
assalamualaikum saudari, sebelum ni saya pernah solat istikharah dan si dia yang muncul dalam mimpi tapi kita tak boleh nak percaya 100% takut itu hanya sekadar mainan syaitan.
BalasPadamsaya juga berdoa apa yang sama macam saudari pernah lakukan. tetapi setahun yang lepas kami lost contact. dan saya pun pada setahun yang itu saya sudah melupakannya.
tapi dia muncul balik. kami berkawan macam biasa. tidak pernah berbual sama ada secara depan mahupun dalam telefon. hanya chat tapi chat pun jarang atas asbab penting sahaja takut terbual kosong. kenal sangat dia sebab dia kawan satu sekolah dulu.
setiap solat saya akan terselit doa seperti saudari lakukan. tapi jodoh itu masih tidak pasti, kerna Allah sahaja yang tahu :)
hanya ingin berkongsi. mohon doakan
Unknown: Setiap orang lain ujiannya. InsyaAllah, Allah beri yang terbaik untuk kita. Tapi andai kata istikharah sudah dibuat & perkahwinan berlangsung namun terputus di tengah jalan, pasti ada pengajaran untuk kita berdua teladani (ada terbaca ttg kisah ini di media sosial). Nabi Ibrahim yang hebat pun ada dugaan dari keluarga tersendiri, inikan pula kita
Padam