Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 7 Ogos 2011

Harga tak masuk dek akal...

Semalam, first time saya pergi ke bazar Ramadhan utk tahun ni di Nilai. Memang nampak meriah sebab hari Sabtu. Semua orang cuti dan bawak ahli keluarga berbelanja.

Sedang enak mata saya mencuci mencari makanan yang enak untuk berbuka bersama keluarga, tiba-tiba mata ni tertangkap popiah basah. Biasalah, semua makanan nampak sedap time berpuasa ni. Tapi.... segalanya terbantut bila tengok harganya.

'Mai ai! 90 sen sekeping!! Apesal mahalnya.'

Bagi saya kalau dah 90 sen sekeping tu, baik tak payah beli. Bukannya popiah tu besar sangat. Baik beli Popiah Crispy kat Sogo. Besar, sedap dan harga pun berbaloi. Tapi yang saya nampak ni, jauh panggang dari api.... Waduhhh...

Saya dan hubby jalan2 lagi. Hubby mmg teringin nak makan popiah basah. So, kami singgah ke gerai lagi satu. Yang jugak jual popiah basah. Bila kami tanya macam mana kira, sekali lagi kami terkejut. RM2, 3 keping. Aduhaiiii.... kenapa teruk benar harganya ni....

Last sekali, kami decide beli 3 keping tu aje sbb hubby teringin. Plus, kami nak try sedap benar ke rasanya. Alih-alih, bila makan time berbuka, hubby kata rasa dia biasa aje. Tak macam popiah basah kat bazar Ramadhan di Ampang (rumah mak saya). Kiranya mmg mengecewakan... :(

Tolonglah orang majlis bandaran atau pihak berkuasa berkenaan. Tolonglah pantau harga2 yang dijual kepada pembeli. Ni kira mencekik darah dan menganiaya pembeli.... Really frustrated...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...