Antara buku2 best yang saya baca sepanjang Ramadhan. Itupun ambik masa 2 ke 5 hari gak nak abis. Ada juga buku lain yg saya baca, tapi... kurang best sikit pada pandangan hati, naluri dan persepsi saya. Makanya, tak payahlah saya nak menyatakan buku sbb tak baik menjatuhkan maruah dan memalukan penulis tersebut (ialah... saya pun penulis juga walaupun kecil-kecilan, hehehe...)
Buku ni pula, saya baca masa minggu ke-2 puasa. Pun buku lama direprint balik oleh Creative. Buku ni saya dah baca masa belajar di Labuan. Pinjam kawan punya. Oleh kerana saya memang suka gila buku ni, saya beli yang baru. Siap mintak Kak Yati sain lagi. hehehe... Buku ni saya bagi 5 bintang.... Suka suka suka...
Buku dari Buku Prima ni pula baru aje saya settle hari Khamis malam lepas. Pukul 2 pagi tidur gara-gara nak abiskannya. Tergelak dalam hati sorang-sorang bila baca buku ni malam-malam. Nak gelak kuat-kuat, hubby tengah tidur kat sebelah. Kang terkejut pulak bila dengar bini dia gelak sorang-sorang malam-malam. Cerita ni memang lawak, kelakar, romantik dan yg sama waktu dengannya. Amat disarankan pada semua. Saya bagi 4 bintang untuk buku ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan