4 Ogos ini, genaplah usia 5 tahun saya mendirikan rumahtangga dgn hubby tercinta, Encik Mohd Rudyazmir. Lelaki yg selama 3 tahun menjadi classmate & coursemate saya di Uitm Alor Gajah, 7 tahun bercinta dan selama hampir 4 tahun kami mengikat tali pertunangan (masa tu blm abis belajar & belajar pun jauh, tu yg lama benar bertunang tu, hehehe...).
Saya harap ikatan perkahwinan kami ini kekal hendaknya hingga ke syurga. Saya benar2 bersyukur pada DIA kerana mempertemukan saya dgn hubby. Dia seorang yang baik, penyabar, memahami dan paling penting dpt membentuk saya menjadi seorang muslimah kerana sebelum ini perangai saya amat berbeza dari saya yang dulu (hanya rakan2 terdekat dan DIA sahaja yg tahu). Di waktu saya sakit dan perlukan perhatian, seringkali dia ada untuk membantu. Di waktu saya kesedihan, dialah penguat semangat saya. Di waktu saya tersenyum dan ketawa, dia juga sentiasa ada untuk berkongsi rasa dgn saya.
Terima kasih ya Allah atas pemberianMU yang tidak terhingga ini. Semoga jodoh kami berpanjangan dan kekal hingga ke syurga. Aminnn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan