Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 3 September 2010

Kepandaian yang berbeza


Kali ni saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya peroleh dari majalah solusi isu 22. Bab ilmu dan kepandaian yang diberikan oleh Dia buat kita adalah berbeza. Maka jangan sesekali kita merasa diri kita lebih bagus daripada orang lain walhal kita diberi Allah kepandaian dan ilmu yang berbeza. Hayati kisah di bawah ya...

Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung.

Di tengah perjalanan, profesor bertanya, "Kamu pandai menulis dan membaca?"

"Tidak tuan. Saya buta huruf," jawab pendayung sampan.

"Oh, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan terus bergerak meredah sungau yang luas itu. Sejurus kemudian, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan wang untuk masa depan?"

"Tiada tuan. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan." jawab pendayung sampan lagi.

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan. Mereka berdua bergegas mengambil jua bekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. Ternyata sampan itu akan tenggelam!

Dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya kepada profesor, "Tuan! Tuan pandai berenang?"

"Err... saya tidak tahu berenang!" jawab profesor panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

PENGAJARAN: Allah tidak menjadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai "kepandaian" yang berlainan. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, tidak ada manusia bodoh, yang ada cuma manusia dengan kepandaian yang berbeza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...