Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 17 September 2010

Sambutan Aidilfitri 2010 bersama keluarga di Ampang dan Pahang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA...

Sedar tak sedar, dah seminggu hari raya kita semua sambut. Dan baru hari ni baru saya dapat mencoret kembali blog saya yang dh seminggu tak bersentuh ni (raya terlebih + anak2 sedara pinjam utk buat kerja sekolah mereka).

Alhamdulillah, sambutan raya kali ni bersama keluarga saya boleh dikatakan meriah. Manakan tidak, inilah kali pertama kami semua dapat berkumpul di pagi raya (kalau saya beraya di Ampang, adik saya akan beraya di rumah mertuanya. Ikut turnlah katakan) dan juga bersama ahli keluarga baru. Lepas aje aktiviti solat Aidilfitri, apa lagi mulalah aktiviti bergambar bersama keluarga, bersalam-salaman, meminta maaf, makan ketupat, rendang, nasi impit dan kemudiannya balik kampung mama di Bentong.

Sampai di kampung, kami serbu rumah Mok De saya (kakak kpd mama saya). Ya, aktiviti mengeratkan silaturahim dan makan pun berlanjutan. Lebih kurang sejam kami di sana, family Mak Ngah saya pulak sampai dari Cheras. Makin hebat suara-suara yang berkumandang kat dalam rumah tu. Masing-masing tak cukup mulut berborak, menyakat dan mengusik. Tu belum lagi bab mengunyap, lagi hebat, hehehe...

Sebaik sahaja abah, hubby n family Pok De yang lelaki balik dari solat Jumaat, family Pak Itam saya pulak join. Apa lagi, makin crowded lah rumah Mok De saya. Nasib le hall di tu batu, kot lah kalau papan macam kat tingkat atas, mau roboh rasernyer. Dah jadi kes lain pulak di hari raya. :)
Antara family belah mama saya. ni baru suku ya. Ramai lagi yang tak join dalam gambar ni...

Settle aje berhari raya di sana, saya n family with family mak ngah saya ke rumah sepupu saya pula. Ingatkan nak berhari raya n tumpang solat aje tapi rupanya lepas tu, ada aktiviti lain pulak. Husband sepupu saya jamu kami dengan DURIAN. Amik kau, dah sebulan puasa tak menjamah buah tu, habis semua peminat-peminat durian bulat mata dan tersenyum lebar memandangnya. Dari seulas dua menjamah jadi berulas-ulas lepas tu. Adik saya yang tak boleh bau durian terus buat larian merdeka ke ruang tamu. Nak muntah katanya. Rugi-rugi... Anyway, thanks Mas n Shah for the marvelous durian.

Mengadap raja buah di hari raya. Marvelous marvelous...

Settle aje ke rumah sepupu saya, kami ke rumah mak long saya di Gombak. Sampai di sana, makan pun dah tak larat but still jamah mihun sedap yang dah dimasak mak long. Ni semua gara-gara semuanya kekenyangan durian dan nasi tomato mama saya.

Aktiviti raya saya pun alhamdulillah meriahlah sampai ke hari raya ketiga. Dari keluarga mertua datang ke rumah, jalan-jalan raya dan makan nasi arab di Ali Kebab's, semuanya alhamdulillah berjalan lancar. Thanks to you ya Allah for all the happiness given by You. Thank you so much...

Family belah suami saya yang datang beraya di rumah. Meriah kejap rumah di Ampang dengan suara budak-budak...

Makan-makan dengan family nasi arab di hari raya selepas dua hari mengadap rendang dan nasik impit aje. Sempat jugak saya n hubby berposing kat tempat rehat @ menghisap shashi di Ali Kebab's tu. Orang tak ramai, posing le aktivitinyer... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...