Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 11 Jun 2009

Aktiviti cuti sekolah


Cuti sekolah memang dinantikan oleh 7 orang anak2 sedara saya. Ada yang tengok tv berjam-jam, ada yang sibuk ke kelas tambahan (utk exam UPSR), main game, ada yang sibuk mengacau adik2nya dan yang paling terkini sibuk melayan anak kucing baru saya dan hubby, si Comel.



Anak sedara saya, Nurin, sibuk aje nak bergambar. Apalagi, bila saya suruh kakaknya ambil kamera, terus aje dia excited. Ni gambar dia sedang dukung si Comel. Kalau ikutkan dalam adik-beradiknya, dia yang paling berani sekali kalau bab dukung-mendukung kucing ni. Besar, kecil, semuanya dia dukung. Tengok ler tu, bila suruh senyum untuk snap gambar, dia punya senyum lebar tu lain macam aje.


Si Fatin pun bila dah nampak saya pegang kamera, dia pun nak join gak sekaki. Tengok ler muka dia tu, control giler.



Si Comel sedang belajar mengutip makanan. Entah apa-apa yang dijumpanya tu.



Sedang sibuk dua orang anak dara ni dok bergambar dan main kat luar, neneknya pula sedang sibuk buat karipap kat dalam. Karipap untuk cucu2 lelakinya yang nak balik asrama hujung minggu ni. Itu pun Helmi dan Azri dah kecek neneknya agar goreng sikit untuk mereka. Tapi... nenek tak layan. Kesian, kesian... amik bau inti karipap ajelah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...