Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 7 Jun 2009

Si Comel

Malam semalam dalam jam sepuluh, saya dan hubby terdengar bunyi anak kucing mengiau-ngiau. Kami yang sedang surfing internet berpandangan sesama sendiri. Eh! tu bunyi anak kucing belakang ke atau anak kucing si cat without name (sebenarnya nama kucing betina mak)? Saya pun bangun dari kerusi dan berjalan ke hadapan. Tengah saya selak langsir, saya terperasan jiran hadapan rumah saya sedang menyuluh sesuatu dengan anak2 kecilnya. Tak lama kemudian saya dengar bunyi anak kucing tadi makin kuat. Saya pun bagi tau hubby yang jiran depan jumpa anak kucing jatuh longkang.

Tengah saya terjenguk-jenguk, tiba-tiba jiran saya tadi terus datang ke rumah saya dengan membawa anak kucing yang dijumpanya. Saya panggil hubby. Kami berdua terus keluar. Jiran kami beritahu "anak kucing pakcik jatuh longkang (panggilan untuk ayah mertua saya). Mungkin dah seharian dia dalam longkang."

Saya pandang anak kucing putih bertompok hitam di badan tu. Saya pun beritahulah yang rumah ni memang takde kucing kecil. Yang baru bersalin tu (cat without name) pun kami tak tau mana dia letak anak dia. Tapi oleh kerana memang rumah ni dah banyak kucing (ada 6 ekor di hadapan) kami terima jugalah si kecil yang kuat mengiau tu.

Apalagi hubby saya terus jaga kucing tu sekejap dan saya terus masuk ke dalam untuk buatkan dia susu. Bila diberi sepiring susu, dia tak tau minum. Ialah, anak kucing kecil yang baru pandai berjalan mana tau minum dalam piring lagi kan. Lupa pulak saya. Puaslah hubby saya letak mulut anak kucing tu ke susu tapi tak juga dia minum-minum. Alih-alih diusapnya anak kucing tu sekejap lalu diletakkan dalam sangkar kucing yang memang ada untuk kucing-kucing kami tidur. Mengiau-ngiau dia kat dalam tu lagi. Hubby mintak saya letakkan air kosong ke dalam sangkar kucing tu. Manalah tau kot-kot dia haus nanti bolehlah dia minum. Akhirnya kami tinggalkan dia kat dalam sangkar dengan harapan dia dapat berehat dengan tenang dan tidur dengan nyenyak. Pada mulanya kami ingat nak biarkan dia keluar sahaja tapi risau juga takut digelek kereta yang lalu-lalang di hadapan rumah.

Sebelum tidur, saya dan hubby jenguk dia yang senyap sahaja di dalam sangkar. Kelihatan dia tidur di tepi sudut sangkar itu. Barangkali takut kerana tidak ditemani oleh ibunya.

Pagi tadi sewaktu suami saya sedang memberi kucing-kucing lain makan ikan (selalunya mak mertua yang beri tapi dia tiada di rumah kerana bercuti ke Terengganu), anak kucing itu mengiau-ngiau untuk keluar dari sangkar. Saya pun apalagi, keluarkanlah dia. Bila keluar sahaja si kecil tu, cepat-cepat kucing-kucing yang lain makan. Bila si kecil tu hampir sahaja dengan mereka, sekor-sekor lari lintang pukang. Saya dan hubby pelik. Last sekali kami buat conclusion yang kucing-kucing besar ni tak suka dengan anak kucing dan tak bertanggungjawab dengan rakan spesis mereka yang kecil dan lemah.

Bila tengok macam tu, hubby terus sahaja mintak saya ambilkan kotak di dalam rumah. Hubby saya terus letakkan anak kucing tersebut ke dalamnya lalu dibawa masuk ke rumah. Saya pun buatkan dia susu. Hubby keluarkan dia dari dalam lalu diangkatnya anak kucing itu lalu meminta saya menyuapkan susu ke dalam mulut anak kucing tersebut. So, selepas daripada itu kami berdua memulakanlah aktiviti baru untuk anak kucing kecil itu sampailah sekarang.

Petang tadi entah macam mana, tiba-tiba aje saya dapat idea untuk menamakan si kecil itu Comel. Sebelum ini kami memang ada kucing bernama Comel tapi sudah hampir setahun dia tidak balik ke rumah. Kami terus beranggapan yang dia sudah mati dilanggar kereta. Hubby saya pada mulanya macam tak setuju aje dengan nama tu tapi alih-alih saya dengar juga dia panggil si kecil tu Comel. Maka, terlekatlah nama tersebut dengannya.

Tak sabar rasanya nak tunggu reaksi mak, abah dan kak iza bila tengok si Comel ni. Mesti kak iza suka punya. Dia memang sayang sangat dengan kucing.

Ingatkan nak ambil gambar si Comel dan letak kat dalam blog ni tapi bila teringat kembali yang mak mertua tak suka kucing-kucingnya diambil gambar sebab takut mati (peringatan orang-orang tua dahulu), saya pun tak dapatlah nak kongsikan si Comel ni dengan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...