Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 28 Jun 2009

Makan-makan di Ampang

Hujung bulan ni saya balik Ampang. Dah 2 bulan tak dapat balik (hubby saya bahagian belakangnya tak sihat dan kerap berjumpa doktor fisioterapi). So, bila balik ni macam-macam aktiviti dibuat. Lagi-lagi bila adik bongsu saya Anis, nak balik kolej, Husna nak pergi kursus dan Hafiz with family balik dari Perak, plus, Pozi (sepupu saya) turut sama ada. Gamat sebentar rumah Haji Molis dan Hajah Inon.

Sebelum sampai rumah lagi, Anis dan mintak saya buatkan muffin untuk dibawa balik ke asrama. Dia kata kawan-kawan dia suka muffin saya. Alhamdulillah... Saya pun dari Nilai terus ke kedai kek di Ampang untuk beli tepung buat muffin. Say beli tepung muffin coklat, kiwi, blueberry, orange dan srawberry.

Selepas makan tengah hari (masakan mama yang dah lama tak rasa) dan solat, jam 2 petang maka bermulalah sesi masak-memasak. Tiga-tiga anak perempuan Haji Molis semua berpadu tenaga menunjukkan skill masing-masing.

Adunan muffin kiwi dalam tray yang ditunggu masanya untuk dibakar. Tak sabar betul nak tengok hasinya...


Alhamdulillah... Hasilnya tidak mengecewakan. Muffin kiwi dan blueberry siap untuk dimakan.

Ni pula coklat muffin yang naik semangkuk... Nasib baik tak meleleh...

Ini pula puding karemal yang Husna buat. Memang sedap cuma yang tengah terlebih masak sikit. Hehehe...

Malam pula kami pergi makan-makan di Ampang Waterfront. Dah lama tak berkumpul ramai-ramai ni...

Sebelum makanan sampai, kami semua posing dulu...


Si Afiq berposing dengan gaya menarik ekor ikan. Dengki betul dia tengok ikan tu dok diam-diam dalam pinggan.

Masa untuk menikmati rezeki daripada Allah... Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...