Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 28 Jun 2009

Makan-makan di Ampang

Hujung bulan ni saya balik Ampang. Dah 2 bulan tak dapat balik (hubby saya bahagian belakangnya tak sihat dan kerap berjumpa doktor fisioterapi). So, bila balik ni macam-macam aktiviti dibuat. Lagi-lagi bila adik bongsu saya Anis, nak balik kolej, Husna nak pergi kursus dan Hafiz with family balik dari Perak, plus, Pozi (sepupu saya) turut sama ada. Gamat sebentar rumah Haji Molis dan Hajah Inon.

Sebelum sampai rumah lagi, Anis dan mintak saya buatkan muffin untuk dibawa balik ke asrama. Dia kata kawan-kawan dia suka muffin saya. Alhamdulillah... Saya pun dari Nilai terus ke kedai kek di Ampang untuk beli tepung buat muffin. Say beli tepung muffin coklat, kiwi, blueberry, orange dan srawberry.

Selepas makan tengah hari (masakan mama yang dah lama tak rasa) dan solat, jam 2 petang maka bermulalah sesi masak-memasak. Tiga-tiga anak perempuan Haji Molis semua berpadu tenaga menunjukkan skill masing-masing.

Adunan muffin kiwi dalam tray yang ditunggu masanya untuk dibakar. Tak sabar betul nak tengok hasinya...


Alhamdulillah... Hasilnya tidak mengecewakan. Muffin kiwi dan blueberry siap untuk dimakan.

Ni pula coklat muffin yang naik semangkuk... Nasib baik tak meleleh...

Ini pula puding karemal yang Husna buat. Memang sedap cuma yang tengah terlebih masak sikit. Hehehe...

Malam pula kami pergi makan-makan di Ampang Waterfront. Dah lama tak berkumpul ramai-ramai ni...

Sebelum makanan sampai, kami semua posing dulu...


Si Afiq berposing dengan gaya menarik ekor ikan. Dengki betul dia tengok ikan tu dok diam-diam dalam pinggan.

Masa untuk menikmati rezeki daripada Allah... Alhamdulillah...

Khamis, 25 Jun 2009

Transformers MENYERANG...


Musim Transformers datang menyerang kembali. Hubby saya walaupun sakit-sakit tapi semangat untuk menonton cerita tu tetap berkobar-kobar. Saya saje ajelah bagi suggestion untuk tengok cerita tu hari Ahad nanti, lepas settlekan Maxis Internet. Cepat-cepat dia kata okey. Tu dia, memang excited betul...

So, kat sini saya selitkan lagu tema untuk cerita Transformers tu. Me dan hubby memang suka lagu-lagu daripada kumpulan ni dulu. Kira macam favourite grouplah...


New Divide by Linkin' Park

I remembered black skies, the lightning all around me
I remembered each flash as time began to blur
Like a startling sign that fate had finally found me
And your voice was all I heard that I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason to fill this hole, connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies across this new divide

There was nothing in sight but memories left abandoned
There was nowhere to hide, the ashes fell like snow
And the ground caved in between where we were standing
And your voice was all I heard that I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes across this new divide

In every loss, in every lie, in every truth that you'd deny
And each regret and each goodbye was a mistake too great to hide
And your voice was all I heard that I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason to fill this hole, connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies across this new divide
Across this new divide, across this new divide

*** Enjoy the song ***

Sabtu, 20 Jun 2009

Fhadilat membaca ayat Kursi

Antara rahsia, hikmat, khasiat dan fadhilat ayat Kursi ialah:

Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut di badannya. jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, dia dikira mati syahid."
"Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dengan kekerasan malakut-maut dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para mujahid yang berjihad berserta para Anbiya' hingga dia gugur mati syahid."

  1. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: "Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka."
  2. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafar. Insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
  3. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  4. Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
  5. Sabda baginda lagi: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat kemudian berwuduk dan sembahyang sunat 2 rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.
  6. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  7. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  8. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, Insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  9. Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang fardhu, ia kan berada dalam lingkungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  10. Barangsiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70000 malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  11. Barangsiapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Rujukan dari: Syeikh Mohammad Umar; 2009; Pustaka Azhar, Fadhilat & Amalan Membaca Surah-surah Pilihan.

Khamis, 11 Jun 2009

Aktiviti cuti sekolah


Cuti sekolah memang dinantikan oleh 7 orang anak2 sedara saya. Ada yang tengok tv berjam-jam, ada yang sibuk ke kelas tambahan (utk exam UPSR), main game, ada yang sibuk mengacau adik2nya dan yang paling terkini sibuk melayan anak kucing baru saya dan hubby, si Comel.



Anak sedara saya, Nurin, sibuk aje nak bergambar. Apalagi, bila saya suruh kakaknya ambil kamera, terus aje dia excited. Ni gambar dia sedang dukung si Comel. Kalau ikutkan dalam adik-beradiknya, dia yang paling berani sekali kalau bab dukung-mendukung kucing ni. Besar, kecil, semuanya dia dukung. Tengok ler tu, bila suruh senyum untuk snap gambar, dia punya senyum lebar tu lain macam aje.


Si Fatin pun bila dah nampak saya pegang kamera, dia pun nak join gak sekaki. Tengok ler muka dia tu, control giler.



Si Comel sedang belajar mengutip makanan. Entah apa-apa yang dijumpanya tu.



Sedang sibuk dua orang anak dara ni dok bergambar dan main kat luar, neneknya pula sedang sibuk buat karipap kat dalam. Karipap untuk cucu2 lelakinya yang nak balik asrama hujung minggu ni. Itu pun Helmi dan Azri dah kecek neneknya agar goreng sikit untuk mereka. Tapi... nenek tak layan. Kesian, kesian... amik bau inti karipap ajelah.

Ahad, 7 Jun 2009

Si Comel

Malam semalam dalam jam sepuluh, saya dan hubby terdengar bunyi anak kucing mengiau-ngiau. Kami yang sedang surfing internet berpandangan sesama sendiri. Eh! tu bunyi anak kucing belakang ke atau anak kucing si cat without name (sebenarnya nama kucing betina mak)? Saya pun bangun dari kerusi dan berjalan ke hadapan. Tengah saya selak langsir, saya terperasan jiran hadapan rumah saya sedang menyuluh sesuatu dengan anak2 kecilnya. Tak lama kemudian saya dengar bunyi anak kucing tadi makin kuat. Saya pun bagi tau hubby yang jiran depan jumpa anak kucing jatuh longkang.

Tengah saya terjenguk-jenguk, tiba-tiba jiran saya tadi terus datang ke rumah saya dengan membawa anak kucing yang dijumpanya. Saya panggil hubby. Kami berdua terus keluar. Jiran kami beritahu "anak kucing pakcik jatuh longkang (panggilan untuk ayah mertua saya). Mungkin dah seharian dia dalam longkang."

Saya pandang anak kucing putih bertompok hitam di badan tu. Saya pun beritahulah yang rumah ni memang takde kucing kecil. Yang baru bersalin tu (cat without name) pun kami tak tau mana dia letak anak dia. Tapi oleh kerana memang rumah ni dah banyak kucing (ada 6 ekor di hadapan) kami terima jugalah si kecil yang kuat mengiau tu.

Apalagi hubby saya terus jaga kucing tu sekejap dan saya terus masuk ke dalam untuk buatkan dia susu. Bila diberi sepiring susu, dia tak tau minum. Ialah, anak kucing kecil yang baru pandai berjalan mana tau minum dalam piring lagi kan. Lupa pulak saya. Puaslah hubby saya letak mulut anak kucing tu ke susu tapi tak juga dia minum-minum. Alih-alih diusapnya anak kucing tu sekejap lalu diletakkan dalam sangkar kucing yang memang ada untuk kucing-kucing kami tidur. Mengiau-ngiau dia kat dalam tu lagi. Hubby mintak saya letakkan air kosong ke dalam sangkar kucing tu. Manalah tau kot-kot dia haus nanti bolehlah dia minum. Akhirnya kami tinggalkan dia kat dalam sangkar dengan harapan dia dapat berehat dengan tenang dan tidur dengan nyenyak. Pada mulanya kami ingat nak biarkan dia keluar sahaja tapi risau juga takut digelek kereta yang lalu-lalang di hadapan rumah.

Sebelum tidur, saya dan hubby jenguk dia yang senyap sahaja di dalam sangkar. Kelihatan dia tidur di tepi sudut sangkar itu. Barangkali takut kerana tidak ditemani oleh ibunya.

Pagi tadi sewaktu suami saya sedang memberi kucing-kucing lain makan ikan (selalunya mak mertua yang beri tapi dia tiada di rumah kerana bercuti ke Terengganu), anak kucing itu mengiau-ngiau untuk keluar dari sangkar. Saya pun apalagi, keluarkanlah dia. Bila keluar sahaja si kecil tu, cepat-cepat kucing-kucing yang lain makan. Bila si kecil tu hampir sahaja dengan mereka, sekor-sekor lari lintang pukang. Saya dan hubby pelik. Last sekali kami buat conclusion yang kucing-kucing besar ni tak suka dengan anak kucing dan tak bertanggungjawab dengan rakan spesis mereka yang kecil dan lemah.

Bila tengok macam tu, hubby terus sahaja mintak saya ambilkan kotak di dalam rumah. Hubby saya terus letakkan anak kucing tersebut ke dalamnya lalu dibawa masuk ke rumah. Saya pun buatkan dia susu. Hubby keluarkan dia dari dalam lalu diangkatnya anak kucing itu lalu meminta saya menyuapkan susu ke dalam mulut anak kucing tersebut. So, selepas daripada itu kami berdua memulakanlah aktiviti baru untuk anak kucing kecil itu sampailah sekarang.

Petang tadi entah macam mana, tiba-tiba aje saya dapat idea untuk menamakan si kecil itu Comel. Sebelum ini kami memang ada kucing bernama Comel tapi sudah hampir setahun dia tidak balik ke rumah. Kami terus beranggapan yang dia sudah mati dilanggar kereta. Hubby saya pada mulanya macam tak setuju aje dengan nama tu tapi alih-alih saya dengar juga dia panggil si kecil tu Comel. Maka, terlekatlah nama tersebut dengannya.

Tak sabar rasanya nak tunggu reaksi mak, abah dan kak iza bila tengok si Comel ni. Mesti kak iza suka punya. Dia memang sayang sangat dengan kucing.

Ingatkan nak ambil gambar si Comel dan letak kat dalam blog ni tapi bila teringat kembali yang mak mertua tak suka kucing-kucingnya diambil gambar sebab takut mati (peringatan orang-orang tua dahulu), saya pun tak dapatlah nak kongsikan si Comel ni dengan semua.

Sabtu, 6 Jun 2009

Akhirnya bertukar

Saya dan hubby akhirnya bertukar juga internet service dari maxis broadband ke celcom broadband. Dah lah kami kena reformat balik laptop coz corrupt, nak download balik segala microsoft dan benda2 lain betul2 sakit hati bila maxis broadband kat nilai ni buat hal. Segala kerja jadi lambat.

Akhir sekali kami berdua decide untuk bertukar terus kepada celcom broadband (sbb 3 minggu lepas rakan hubby ada bagi try celcom broadband dia pada kami). Apa lagi, pagi tadi lepas beli barang2 dapur, terus kami ke celcom. Balik aje rumah, suami terus aje try. Tersenyum panjang dia bila dapat download microsoft.

Hopefully, servis celcom broadband akan sentiasa ok di Nilai ni.

Rabu, 3 Jun 2009

Rasa ringan ajer...

Dua tiga hari ni mata tak boleh nak tatap komputer lama2. Kepala macam pusing aje. Barangkali low blood datang. Nak menulis pun mood takde. Komputer pun buat hal sejak seminggu ni. E-kamus tak dapat bukak, anti virus pun macam tak appear dll lagi. Nampak gayanya kena jumpa doktor komputerlah esok. Takut komputer kena virus or corrupt.

Untuk meringankan kepala dan mata, saya capai le buku baru Mimie Afinie, Kalau dah suka. Huh, memang ringan aje kepala membacanya. Bahasa yang mudah, jalan cerita yg buat saya tertanya-tanya dan lawak spontan yg mengukir senyuman terus dari hati. Well, kak mimie tahniah untuk buku tersebut. Kejap lagi nak menyambung membacanya kembali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...