Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 6 April 2020

Puding Ubi Manis Lapis Susu yang enak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Asalnya minta encik Rudy belikan ubi kayu bila beli barang dapur. Sudahnya, dia bawa balik ubi manis. Saya tanya dia, "awak tersalah beli ke?" Jawabnya, "Tak lah. Ubi kayu dah habis, so saya belilah ni." Bila dia dah jawab camtu, pasrah ajelah. Mesti ada sebab dia terbeli ubi ni. Dan... Inilah hasilnya. Resipi baru yang saya cuba dari @aziekitchen . Saya baru tahu yang keledek boleh buat puding.

Ini resipinya. Mungkin anda boleh cuba. Kita ada 2 minggu lagi PKP.

Bahan:
Bahan Lapisan Susu:

500 ml air
150 gram susu pekat manis
10 gram agar agar

Bahan Lapisan keledek/ubi manis:
1000 ml air
500 gram ubi keledek rebus
150 gram gula pasir
50 gram susu pekat manis
20 gram agar agar
½ sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Sediakan lapisan susu dengan memasak 500 ml air dengan agar-agar sehingga hancur. Masukkan susu pekat manis & kacau rata sehingga mendidih. Tuang ke dalam acuan.
2. Sediakan pula lapisan keledek dengan mengisar ubi keledek rebus dengan sedikit air dari jumlah keseluruhan air sebanyak 1000 ml air tadi.
3. Masak baki air dari jumlah di atas dengan agar-agar hingga agar-agar hancur. Masukkan gula pasir & garam. Kacau sehingga gula larut.
4. Setelah larut, masukkan ubi keledek kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan susu pekat manis & kacau rata sehingga mendidih.
5. Tuang adunan keledek di atas lapisan agar-agar susu dengan dituangkan secara perlahan-lahan ditepi acuan atau dilapik dengan sudu supaya tidak jatuh & meninggalkan kesan pada lapisan susu yang belum betul betul keras
6. Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan ia dalam 1-2 jam & boleh dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...