Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi cempedak goreng kali ni memang menjadi dan sedap. Rahsianya, guna tepung beras lebih banyak berbanding tepung gandum. Resipi ni saya dapat dari blog Azie kitchen & dia pula dapat dari Dato Sri Vida. Hah gituh... Kita kasi kredit pada tuan punya resipi k😊😊
Sebelum ni pernah juga guna tepung yang siap di pasaraya. Tapi rasanya lebih puas hati guna adunan asli. Rasa lebih mengancam.
Ini resipinya:
2 senduk tepung beras
1/2 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya
Penyediaan:
Satukan semua bahan di atas & gaul hingga mesra. Pastikan tidak berketul. Panaskan minyak dalam kuali dengan menggunakan api sederhana. Goreng dengan minyak yang banyak & panas. Masukan satu persatu & masak hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Ulang sehingga cempedak habis. Cempedah goreng ni enak dimakan time dah tak berapa panas. Kalau tak, mau melecur mulutnya.😁

Tiada ulasan:
Catat Ulasan