Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 28 Februari 2020

Kuih Bakar yang simple & lembut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sedap sangat rasa kuih ni bila dimakan lepas ia betul-betul sejuk. Semalam, cuba makan time dah tak berapa panas (1/2 jam lepas keluar oven), rasa sedap tapi tak berapa ngam (masih terasa panasnya). Dan tadi, lepas balik kelas mengaji, terus buka fridge. Nampak mak ayah Rudy dah potong banyak. 'Wah!! Ni mesti sedap'. Dan bila saya ngap time sejuk2 tu, Subhanallah, sedapnya... Terima kasih kak @aziekitchen untuk resipi kuih bakar istimewa tu. Sedap sangat. Berkali2 le mertua amik makan.

Ini saya kongsikan resipinya. Bahan mudah sangat. Cuma bergantung pada kuantiti & kebesaran loyang untuk membakar.

Bahan:
3 biji telur gred A
400 gram tepung
2 cawan gula pasir
6 cawan santan pekat (saya guna 500ml santan kotak & tambah sedikit air untuk jadikan 6 cawan)
½ sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna hijau .

Penyediaan (Guna loyang 10x10):
1. Panaskan oven pada suhu 200°. 2. Loyang dilenser dengan mantega & kemudian taburkan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum.
3. Dalam bekas besar, masukkan telur & gula. Gunakan mixer & putar hingga adunan kembang & gula hancur. Masukkan pula santan, tepung gandum & garam. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang perlahan-lahan. Masukkan dalam oven & bakar selama 1 jam atau 1 1/2 jam atau sehingga warna di atasnya bertukar coklat kehitaman.
5. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia betul-betul sejuk baru dipotong. Jika tak, kuih akan mudah pecah bila dipotong & ianya lembik. Kiranya, biarkan sejuk sendiri dalam 1 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...