Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Agar-agar Sirap Laici yang enak dimakan waktu panas
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Agar-agar sirap laici. Manisan yang mudah & sedap di makan time musim panas lit-lit ni 😁 Budak-budak kalau dah jumpa aje sirap dan laici, lagilah mereka teruja nak makan.
Bahan:
30gm agar-agar tali
1.5 liter air
1 1/4 cawan gula
1 cawan sirap
1 tin besar laici + airnya
Penyediaan:
1. Masukkan dalam periuk air, agar-agar & gula. Masak dengan api sederhana & sekali sekala kacau. Masak hingga agar-agar mencair.
2. Kemudian, masukkan sirap & kacau. Selepas itu, masukkan laici & airnya. Kacau seketika & tuang ke dalam loyang. Sejukkan sebentar di luar & kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan sekitar 2 jam. Siap untuk dipotong agar-agar sirap laici ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan