Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Puding laici yang enak makan time sejuk-sejuk
Assalammualaikum & Salam Ramadhan gais...Dah tak boleh rentas-rentas lagi ni, kita buatlah resipi mama yang simple. Resipi yang mostly jika buat & bawa ke ofis dulu, ramai member suka.
Dan harini, kita kongsi resipi & kpngsi rezeki dengan tetangga sempena Ramadhan.
Ini resipinya. Hopefully anda pun suka 😊😋
Bahan:
2 paket agar-agar
1 tin besar laici
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula batu (membantu memekatkan agar-agar)
1400 ml air
Penyediaan:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan agar-agar. Kacau sehingga cair & mendidih.
2. Masukkan gula pasir, gula batu, susu cair & separuh air dalam tin laici. Jangan tuang habis air laici ke dalam periuk tau. Kacau hingga mendidih & gula batu sudah mencair. Tutup api.
3. Kacau perlahan-lahan seketika bagi membuang haba. Kemudian, masukkan puding ke dalam bekas & biarkan ia sejuk sendiri di atas meja.
4. Bila dah sejuk, taburkan buah laici yang dicarik-carik ke atas puding. Baki air laici yang separuh tin, tuangkan ke atas puding. Masukkan dalam peti sejuk & biarkan selama 2 jam. Siap untuk dipotong.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan