Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Zaru soba, mi sejuk tradisional Jepun

 



Assalammualaikum dan salam sejahtera. Zaru soba, mi sejuk tradisional Jepun ni selalu nampak lalu lalang kat rancangan Jepun. Nampak macam healthy sangat sebab bahan dia ringkas dan lebih kepada sup air. Tapi jika lihat pada senarai bahan asal, ada je mereka letak white wine. Jadi, untuk citarasa halal, saya gantikan dengan cuka.

Masa masak mi soba ni, pertama kalilah saya masak bihun kurang dari seminit dan lepas tu rendam dengan air sejuk. Ada tu, saya tengok di VTT atau YT, siap letak ais lagi. Kiranya, lain negara, lain rupanya cara mereka masak dan menikmati makanan.


Bahan:
1 ikat mi soba (1 pek selalunya ada 4 ikat)
1 liter air untuk sup
5 keping cendawan shitake dihiris kasar
1 pek dashi (4gm)
2 sudu besar sos soya
3 batang daun sup. Ambil bahagian tebal bawah tu je
1 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
1 sudu kecil gula. Dimasak sebentar untuk cairkan gula. Untuk gantikan mirin.

Bahan-bahan untuk zaru soba.

Penyediaan:
1. Masukkan air dalam periuk. Setelah nampak sedikit mendidih, masukkan cendawan shitake. Kemudian masukkan dashi. Kacau dan kemudian biarkan ia mendidih. 


2. Kemudian, masukkan gula, sos soya dan bahan pengganti mirin tadi (cuka+gula dimasak). Kacau dan biarkan ia mendidih. Setelah mendidih, rasa sikit dan jika ok, boleh tutup api.

Masukkan bahan-bahan masakan sup zaru soba dalam satu periuk.

Masak hingga mendidih.
3. Kita masak mi soba pula. Panaskan air dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan satu ikat mi soba. Biarkan ia perlahan-lahan terendam. Masak lebih kurang 30 saat je. Kacau dan tutup api. Tapis mi soba yang panas tadi di sinki.

Mi soba ni rebus tak perlu lama. Tak sampai seminit. 

Tapis mi soba.

4. Setelah ditapis, masukkan segera mi soba dalam air sejuk. Biarkan ia terendam dalam 5 minit. Kalau boleh, letakkan juga beberapa ketul ais dalam air tersebut. Biar mi cepat sejuk.

Rendam mi soba dalam air sejuk. Kalau nak cepat hentikan masakan mi ni, letak sekali dengan ais.

5. Setelah mi soba sejuk, perlahan-lahan angkat gunakan garpu atau chopstick. Susun elok-elok dalam pinggan hidang atau mangkuk makan. Letakkan sedikit di tengahnya seaweed dan hirisan daun bawang. Letakkan sup soba tadi di dalam mangkuk kecil. Bagi orang Jepun, mereka akan makan dengan cara menyepit sedikit mi soba dan celupkan dalam mangkuk sup dan kemudiannya makan. Tapi dek kerana kita orang Malaysia, saya prefer tuang terus sup dalam pinggan mi soba. 

Mi soba selalunya akan asingkan mi dan sup. Tapi dek kerana kita dah biasa makan semuanya dalam satu mangkuk, so, jadilah diri sendiri time makan. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...