Assalammualaikum dan salam sejahtera. Nasi goreng ikan masin, menu ni memang sedap sangat kalau dapat makan. Kalau ikan masin tenggiri tak berapa nak banyak, masa hidang nanti, boleh add-on ikan masin sepat atau ikan masin bulu ayam. Memang mampu buat nasi bertambah lagi-lagi bila baru nak baik demam.
Ini resipi simple yang mudah masak jika ada baki nasi putih semalam. Nasi goreng ikan masin ni bukan setakat kita orang dewasa suka, orang tua pun on aje makan.
Bahan:2 cawan nasi putih
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu cili boh
1/2 cawan air
1/2 batang lobak merah didadu
2 tangkai panjang didadu
5 biji fishball dibelah dua
3 keping ikan masin tenggiri siap goreng
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk menggoreng
Sedikit minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih dalam lesung batu. Kalau takde lesung batu, boleh aje kisar kasar.
2. Panaskan 3 sudu minyak masak. Setelah panas, masukkan bawang merah dan putih yang lumat tadi. Selepas naik bau dan sedikit garing, masukkan pula cili boh. Kacau sebentar dan kemudian masukkan air. Kacau dan biarkan ia masak sebentar.
3. Setelah cili boh sedikit mengering dan mula terpercik-percik, kacau sebentar dan masukkan fishball, Tambah sedikit aje air dan kacau. Biarkan fishball masak sebentar.
4. Pecahkan telur sebiji dalam kuali. Kacau sekejap dan biarkan telur mengental. Selepas itu, masukkan nasi putih. Masukkan juga lobak merah dan kacang panjang. Kacau sehingga semuanya nampak mesra.
5. Masukkan isi ikan tenggiri goreng tadi ke dalam nasi berserta dengan garam. Kacau nasi goreng hingga semuanya mesra dan bau dan ikan masin dan menyerlah. Rasa sikit dan jika ok, dah boleh tutup api. Angkat dan hidangkan nasi goreng ikan masin kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan