Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ayam masak merah, rasanya semua orang pernah makan dan majoritinya suka lauk mudah ni. InsyaAllah kali ni saya kongsikan versi tak berapa nak pedas. Sesuai untuk bebudak makan (anak-anak saudara sejenis tak berapa makan pedas).
Dah lama budak-budak ni tak makan ayam masak merah ni. Selalunya mak mertua masak menu ni dulu tapi sesejak tak berapa sihat ni, dia pun dah lupa agaknya nak masak. Lagipun cucu2 dok request ikan keli sambal, ayam masak kicap, laksa. Bila maksunya masak, depa on aje makan.
Ini resipinya, boleh cuba. Enak dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi lemak atau nasi hujan panas.
Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong 8-9 bahagian
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili giling
1 keping asam keping
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Gula & garam secukup rasa
1 biji bawang besar dihiris bulat
3 sudu besar minyak masak
Bahan kisar/blend:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
Penyediaan:
1. Goreng ayam yang disalut kunyit & garam. Jangan garing sangat. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak (blh aje guna sedikit minyak goreng ayam td). Setelah panas masukkan serai, bunga lawang & kayu manis. Masak hingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar. Kacau sekali sekala dan biarkan ia garing seketika.
2. Masukkan cili giling. Kacau & masak hingga pecah minyak. Masukkan air. Kacau & biarkan ia mendidih dalam 4-5 minit (bagi cili masak sekejap).
3. Kemudian, masukkan asam keping, sos cili & sos tomato. Kacau hingga mesra. Selepas itu masukkan garam & gula. Setelah larut & mendidih, masukkan ayam goreng tadi & hirisan bulat bawang besar. Gaul hingga semua ayam diselaputi sambal. Masak dalam 1-2 minit & kemudian boleh angkat. Siap untuk dihidang ayam masak merah buat keluarga.
Happy cooking
Tiada ulasan:
Catat Ulasan