Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Falooda, manisan aiskrim popular dari Sri Lanka dan Selatan India


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak kongsi resipi mudah yang popular dari Sri Lanka dan selatan India iaitu Falooda. Falooda ni saya ternampak masa tengah layan youtube cerita tentang tempat menarik dan makanan best dari Sri Lanka. Bila tengok aje cara pembuatan falooda, saya terus terasa nak cuba buat sebab nampak mudah dan bahan mudah dapat. 

Falooda ni, tak semua orang rasanya boleh masuk. Sebab salah satu bahan dalam falooda ni adalah bihun. Ya, bihun. Bihun yang selalu kita buat bihun sup atau goreng tu. Saya ok lagi boleh masuk bila mengunyahnya cuma macam suami dan kak ipar, mereka kurang gemar. Resipi negara orang, kita try aje mana yang sesuai dan kena dengan tekak kan. Ini saya kongsikan bahan dan cara membuat falooda. 

Bahan:
1/2 cawan sirap pekat
2 sudu kecil selasih
1 sudu besar bihun yang siap dicelur
2 sudu besar agar-agar merah / nata de coco
2 cawan susu sejuk
2 skop aiskrim vanila
1 sudu besar kekacang

Bahan-bahan membuat falooda

Penyediaan:
1. Sediakan gelas panjang atau apa sahaja jenis gelas lawa yang anda ada. Lagi bagus jika gelas tu transparent. Mula-mula masukkan sirap pekat dan tinggalkan sedikit untuk hiasan topping nanti. Kemudian, masukkan bihun dan selasih.


2. Selepas itu, masukkan agar-agar sirap atau berwarna merah yang dipotong kasar atau halus. Jika takde agar-agar, boleh je gantikan dengan nata de coco warna merah. 

Ini contoh isi dalam falooda.

Ini rupa isi falooda dari sisi. Anda akan nampak lapisannya.

3. Kemudian, tuang perlahan-lahan susu sejuk kita. Kalau kita tuang agar laju, falooda terus akan jadi sirap bandung. 

Nampak tak perbezaan falooda yang dituang susunya laju dan diletakkan perlahan-lahan susunya.

4. Letakkan 2 skop aiskrim vanila di atas susu. Taburkan topping dengan kekacang, agar-agar dan sirap pekat tadi. Siap falooda kita untuk dinikmati.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...