Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

... Dan Cinta Pun Tersenyum... buat saya serasa senyum sentiasa


Baru aje selamat meng'khatam'kan novel ni 1 jam setengah yang lalu...
Saya memang suka buku ke-2 yg saya baca karya Nora Ismail a.k.a Rose Harissa ni. Rasanya sama seperti membaca Wasilah Cinta Weera. Every single line kalau boleh tak nak skip. Dan bila dah start baca memang payah nak berenti (tak pasal2 jam 1.15 pagi saya tidur smlm gara2 start baca buku ni waktu petang).

Macam mana nak story ek. Buku ni, bila saya baca bab pertama sahaja membuatkan saya rasa happy, teruja dan senyum seorang. Meskipun banyak dialeg atau bahasa Indonesia di dalamnya tapi saya rasa suka untuk terus membacanya. Teringat masa zaman cerita Indonesia meletup dulu gara2 cerita 'Apa Ada Dengan Cinta'. Memang bila baca buku ni, serasa terbayang2 akan cerita Dian Sastrowardoyo & Nicholas Saputra bila mereka bercakap (walaupun tak masuk langsung filem tu dlm buku ni entah kenapa saya ingat, saya pun tak tau).

Bila Nora Ismail menggambarkan watak Ervan di dalam ni sama seperti cover novel, waduhhh... 'ganteng' sungguh heronya... hahahaha.... (mau saya kena gelak dgn hubby sbb berangan :) ).
Cara hero & heroin 'bergaduh mulut' dalam buku ni sungguh 'comel'. Watak orang ketiga yg selalunya menyakitkan hati memang juga membuatkan saya tak sabar2 nak tau balasannya (what you give, you get back tau zaman skarang ni, just lambat atau cepat aje Dia beri).

Saya tak nak 'spoil'kan mood sesiapa, my suggestion is buy or borrow this novel and you know what i'm telling is true. You won't regret it. Hopefully... :)

New York Cheese Cake yg sedappppp...


Sabtu baru ni saya n family celebrate harijadi adik2 perempuan saya. Dua-dua lahir bulan 12. Sorang awal, sorang akhir. Dan Alhamdulillah, masa tengah pilih nak order kek apa untuk mereka (sebab kedai kek yg saya nak order pada awalnya tukang buat kek tu cuti), tetiba Allah beri ilham. Teringat saya pada kawan lama saya masa di ITM Melaka dulu yg kekadang aje saya dan hubby dapat berjumpa (setahun sekali or dua aje).

Saya pun inbox FB dia n tanya pasal kek red velvet. Lepas tu dia reply dan beri several option untuk kek-kek yg dia buat. Dan selepas saya n hubby discuss, we agree to order new york cheese cake. Dan... pilihan kami memang tepat. Suka sangat-sangat. Cheese kek made by Shazariah ni memangggg sedapppp... Sehingga menjilat sudu... Tak tipu punya...

Untuk menyedapkan lagi keadaan, saya buat sos strawberi yg resipinya diberi oleh kawan saya tu jugak. Dan hasilnya memang superb. Breakfast esoknya pun saya dok carik lagi kek tu dalam peti ais. Lusanya pun saya ngap jugak... sedappppp... dan kami semua memang sukakannya...

So, sesiapa yg teringin nak try rasa kek member saya ni, ini blognya. Boleh tempat terus kat dia. Simply Delicious Cakes & Cupcakes.

Fakta Pernikahan Rasulullah SAW dengan Saidatina Khadijah


Sedang saya baca novel 'Sebarkan CintaMU' oleh Fatimah Syarha, ada banyak fakta yang menarik terkandung di dalamnya. Dan tadi, sewaktu menunggu suami di hospital, fakta berkaitan pernikahan Rasulullah: Sebab nafsu atau kepentingan agama betul2 menarik perhatian saya. Ianya berkaitan monogami dan poligami yang dialami sendiri oleh Rasulullah SAW. Jom saya kongsikan fakta berkaitan Saidatina Khadijah, wanita yang sentiasa dirindui Rasulullah meskipun telah lama wafat...

Khadijah al-Khuwailid

Sebab Pernikahan:

  • Akhlaknya mulia. Agamanya fitrah, sepupunya Waraqah Bin Naufal seorang ahli kitab yang jujur
  • Melindungi janda yang kematian suami
Hikmah Pernikahan
  • Rasulullah tidak pernah menduakan Khadijah ketika hayatnya
  • Malah tidak mengambil hamba ketika hidup bersama Khadijah
  • Khadijah seorang isteri yang menunaikan setiap kewajipannya
  • Beliau mampu memberikan baginda keturunan
  • Bersama baginda saat susah mahupun senang ketika baginda diancam dan dipinggirkan
  • Bukankah baginda menunjukkan contoh tidak menduakan isteri yang memiliki semua kualiti ini?
  • Rasulullah SAW tidak berpoligami pada saat anak-anak baginda masih lagi memerlukan perhatian dan didikan seorang ayah
  • Baginda berpoligami saat anak-anak baginda sudah besar dan mampu berdikari
  • Rasulullah bermonogami selama 25 tahun
  • Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah sudah lama wafat
  • Keluarga Rasulullah tidak mengalami konflik yang ketika berada dalam suasana monogami. Anak-anak baginda membesar dalam suasana ini. Sebaliknya sering tercetus konflik rumahtangga dalam suasana poligami
  • Rasulullah SAW tidak pernah marahkan isteri ketika mempunyai seorang isteri. Sebaliknya sering teruji dengan tindakan-tindakan isteri lain yang lahir kerana cemburu dalam alam poligami hinggakan baginda pernah marahkan mereka dalam tempoh masa yang agak lama
Konflik rumahtangga
  • Hampir tiada
Tahun dan tempoh pernikahan (Masihi/Hijrah)
  • 595 Masihi
  • 25 Tahun

Bila budak2 cuti sekolah...

Bila anak-anak sedara start cuti sekolah, aku dan hubby pun turut cuti gak. Mana taknya, bawak sekali mak dan abah pi bercuti dengan cucu.

Sebelum cuti ke Taiping, kami pi Jelita Ostrich Farm kat area Seremban. Senang aje. Guna highway LEKAS, setengah jam dah sampai (masuk ikut tol Ampangan tau). Banyak jugalah ilmu yg dapat bila ke sini. 1st time jugak tengok burung unta@ostrich ni secara life. Nasib kami baik sebab masa ni kami aje yg datang melawat. So, special tour lah kami dapat. Hehehe....

Jom layan gambar...
Fakta: Burung ostrich warna hitam ni jantan. Yang betina warna coklat. Bila mengawan, si betina akan mengepak2 sayapnya dahulu dan menari depan si jantan. Kira macam tarik perhatianlah tu...

Encik Hubby yg sedang memijak telur burung unta. Fakta: Telur burung unta ni boleh menahan beban di atasnya seberat 100kg. Tu yg penjaga ladang suruh dia pijak tu. Untuk membuktikannya...

Kami semua try pijak telur burung unta tu. Dan inilah hasilnya. Tak pecah... Kiranya berat tak melampaulah tu... hehehehe...

Ni dia telur burung unta yg kami pijak tadi. Besar kan... Sebiji telur ni boleh mengenyangkan 3 buah keluarga (itu yg penjaga ladang cakaplah...)

Kami menunggang burung unta. Hahaha... rasa macam nak tergolek ke belakang aje. Fakta: Untuk menunggang haiwan berkaki dua, badan perlu ditarik ke belakang sikit. Jika ke depan, alamatnya jatuh tergolek le kita...

Bila balik, semua dapat sorang satu pen burung unta.... Sukalah tuu...

Dua hari kemudian, kami balik ke Taiping. Makan2 n jumpa sedara mara. Yang paling penting, dapat ngadap durian tu... Ada gak tempat lain kami pergi, tapi entah kenapa terlupa pulak nak amik gambar. Sehari sebelum balik ke Nilai, kakak ipar saya belanja kami semua mandi-manda kat Lost World of Tambun. Ok gak tempat ni. Macam2 aktiviti ada. Tapi sape yang suka main air tu, kira nak best, kena datang pagi. Boleh main puas-puas...

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Oleh kerana saya, hubby dan seorang lagi sister dia tak mandi, jadi kami merayaplah keliling tempat ni. Ada aktiviti zip line, mendulang bijih, zoo haiwan, kolam air panas dan macam2 lagi.

Dah pi ke sini mestilah amik gambarkan... Dan tengah kami elok2 amik gambar, tetiba ada pulak kambing yang tersesat keluar dari kandang. Jinak pulak tu bila suami n kakak ipar usap2 dia...

Satu weaknesses saya time datang kat taman tema ni, saya tak boleh main benda berayun.... huwaaahhhhh.... Saya tahu pun bila saya main permainan kat Sunway Lagoon dulu. Naik aje kapal berayun tu, terus kepala saya swing. Aduhai... ruginya.... From the picture, it shows that everyone is happy.... :) Alhamdulillah....

Roti John In Da Hous, belajar buat sendiri untuk rasa lebih puas hati


Roti john oh roti john, akhirnya dapat jugak aku membuat kau. kih kih kih...

Mana taknya, selalu beli aje kat pasar malam. Nah, kali ni, bila anak2 sedara cuti, saya surf le web masak2 kesukaan saya tiffinbiru. Godek punya godek, terjumpalah a few recipe yg rasa2nya sesuai dengan keadaan saya yg tidak berapa pandai memasak ni, hehehe... Hopefully anak2 sedara saya suka walaupun terpaksa bagi sikit aje. Pak Su come first yer... :)

Jom saya kongsikan resipi roti john encik mat gebu ni yg telah di'godek' sikit oleh saya.

Bahan2nya:
1. Daging Cincang (guna brand Ramlee). Ikut sukalah nak taruk daging lembu or ayam
2. 1 Bawang besar potong dadu
3. 2 ulas bawang putih dicincang
4. 1 sudu teh rempah kari daging
5. 2 pokok daun kuchai (itu aje yg ada dlm peti ais). Tapi kalau ikut encik mat, daun bawang n daun sup.
6. 1/2 camca besar lada hitam
7. 2 buku roti perancis (blh beli kat pasaraya. Roti biasa yg macam kat pasar malam pun on aje).
8. 4 biji telur (oleh kerana saya masak 2 roti perancis, saya pakai 4 lah).
9. Daun salad, tomato dan timun.
10. Sos ikut kegemaran sendiri dan mayonis.

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih harum, masukkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan daging cincang dan gaul hingga sebati. Daging tu suka hatilah nak taruk banyak atau sikit ya. Tuang sedikit air jika perlu. Taruk garam ikut rasa.
2. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau. Masak hingga kering. Matikan api dan masuk hirisan daun kuchai dan kemudian gaul rata. Biar sejuk. Masukkan telur dan gaul hingga mesra (ala2 macam abg roti john kat pasar malam tu buat).
3. Panaskan kuali leper dan lenser dengan sedikit minyak. Tuang 1/2 bahagian no.2, ratakan sedikit. Bila kelihatan hampir masak, letak roti yang telah dibelah, menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
4. Berhati2 terbalikkan dan biar bahagian roti sedikit perang. Bila ok, boleh angkat. Hias dengan hirisan kobis, salad, timun dan tomato. Tuang sos kegemaran dan mayonis sebelum dihidangkan roti john home-made kita.

SELAMAT MENCUBA... :)

Kami suka game ni


Cari benda tersembunyi. Game yg dari kecik saya memang suka. Tiap bulan bila mama saya bawak balik majalah2 dia (keluarga, jelita & entah apa lagi) cepat2 saya selak muka surat kat area belakang majalah. Saya cari game ni, cari perbezaan 2 gambar dan sambung titik2. Memang rasa seronok sangatlah time tu bila dapat settlekannya.

Dan buku 'Hidden Pictures' ni saya jumpa masa saya nak bayar buku kat Popular. Betul2 diletakkan kat tempat kaunter bayar. Senyum lebar saya nampak. Terus paling pada hubby. "Yang, nak tak? Dah lama kita tak main ni?" Hubby pun soh le amik...

Dan bahananya, balik rumah dan lepas solat zohor, kita orang terus hadap buku 'Hidden Pictures' ni. Carik benda tersembunyi ni sama2. Lepas solat asar pulak, saya settlekan kerja saya sikit dan hubby pulak lepas tengok tv jap dia masuk bilik balik. Bila keluar, buku ni dah ada kat tangan dia. Duduk kat sofa terus dia sambung mencarik. Kih kih kih..... gelak saya tengok dia. Mengalahkan saya. Dah akhirnya, benda tersembunyi kat dlm buku ni habis kami carik dlm masa 2 hari (sampai lewat malam dok sibuk2 carik lagi). Hehehehe...

Dan tadi, saya turun KL utk cari stok buku. Dannn..... saya jumpa lagiiii.... Tapi kali ni, game cari perbezaan antara 2 gambar dan cari perkataan tersembunyi. Terus saya beli dan kami start main masa tengah tunggu breakfast. Hamik kau. Tak ingat dunia betul laki bini ni. Situ pun on aje.


Dan masa main game2 ni dengan hubby, perasaannya 'priceless'. Tak tau nak ungkap macam mana. Kami kongsi minat yg sama. Benda ni pun kami baru tahu lepas dlm setahun kami berkahwin. Dan berkongsi minat pada sesuatu dengan orang yg kita sayang, buat kita rasa hidup dan gembira dengan pemberian Allah ini. :)

Creamy fettucinne with mashroom time Aidil Adha

Kali ni me, my mum n sis tak buat nasik impit, lontong or kuah kacang. Raya kali ni kami buat nasik beriyani, ayam masak malberi, kurma daging n daging masak merah serta kicap. Dan menu dari saya pula creamy fettucinne dgn cendawan manakala adik saya pula buat cheese cake yg simple (takyah bakar, tepek aje dlm bekas n masuk peti ais).

Jom saya kongsikan resipi creamy fettucinne ni untuk anda semua. Saya ambil resipinya daripada cik abg Mat Gebu (terima kasih byk2lah sbb kongsi cara2 masakan yg simple dan sedap cik mat..).

Bahan2nya:
1. 250 g cendawan butang jenis segar (rupa mcm cendawan dlm tin tapi yg ori punya. putih)
2. 800 ml air
3. 250 ml susu sejat IDEAL
4. 1 kiub ayam "Maggi"
5. 1 biji bawang besar, didadu kasar
6. 1 ulas bawang putih, cincang halus
7. 2 1/2 camca besar mentega
8. 1 1/2 camca besar tepung gandum
9. 1/2 camca teh serbuk lada hitam
10. 4 batang sosej, hiris
11. Cili benggala separuh (tak kisahlah kuning ke, hijau ke, merah ke)
12. Hirisan kuchai secukupnya
13. Serbuk lada hitam
14. 80 gram pasta "fettuccine", rebus hingga lembut dan toskan

Cara2 membuatnya:
1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan tuala bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.

2. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.

3. Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam.

4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu dan sosej, tambah serbuk lada hitam, hirisan kuchai, cili benggala dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam... Hidangkan bersama pasta fettuccine dan tabur sedikit hirisan daun kuchai.

Nilah pertama kali saya masal. Dan Alhamdulillah menjadi. Suka sangat. Both my sis suka. Berkali-kali tambah. Malamnya pulak mak ngah dan family datang beraya. Dan anak sedara lelaki saya yg sorang ni 'belasah' sampai 3 pinggan. Suka hati saya bila ada orang suka makan.

InsyaAllah lain kali saya masak creamy fettucine ni untuk family belah mertua pula (jgn anak sedara hubby makan dgn kicap lagi udah le mcm dia makan spegethi dulu. Sadis aje rasanyer... hehehe...)

Happy Trying n Cooking...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...