Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sup sayur yang enak makan dengan nasi mahupun bihun atau pasta


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sup sayur campur, menu mudah nak makan dengan nasi putih mahupun bihun atau makanroni. Anda boleh letak apa sahaja. Boleh letak tauhu lembut yang digoreng dahulu, fishball, lobak merah, brokoli, baby corn, bak choy, udang mahupun ayam. Untuk minyak, anda boleh guna minyak sayuran ataupun minyak zaitun.


Ayam panggang kari berlemon yang sedap sangat


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ayam panggang kari & lemon. Mudah, murah, sedap.


Paling penting, sebelum salutkan rempah dengan ayam, ayam perlu dilap dengan tisu dapur (kitchen tissue) supaya minyak & rempah dapat tersalut elok pada ayam.

Bahan:
1 ekor ayam siap dipotong & dicuci
2 biji kentang dibelah dua
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk cayenne
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil garam
1 sudu besar parutan kulit lemon
2 sudu besar minyak zaitun 

Penyediaan:
1. Lap ayam dengan kitchen paper. Pastikan ayam tidak berair sangat. Panaskan oven pada suhu 210 darjah celcius. 
2. Campurkan semua rempah & garam & kemudian sadurkan pada seluruh ayam dan kentang.
3. Masukkan ayam ke dalam oven. Bakar selama 25-30 minit atau warna kekuningan garing. Selepas itu, keluarkan ayam & biarkan ia sejuk seketika. Siap untuk dihidang.

Sambal telur pecah, khas buat peminat telur & makanan pedas


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sambal telur pecah, menu feveret mak mertua saya masak untuk suami saya. Jadinya, harini kita kongsikan dengan semua. Makan dengan nasi sedap, nak makan dengan roti atau maggi pun sedap juga. Nak ratah gitu-gitu ajepun boleh. Pilih mana berkenan di hati.

Bahan:
7 biji telur
3 batang cili merah
1 cawan cili padi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci kunyit
1/4 cawan minyak

Penyediaan:
1. Kisar atau tumbuk semua bahan (kecuali telur & minyak) hingga 90% lumat. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Setelah panas, masukkan bahan kisar/tumbuk dalam kuali. Kacau beberapa ketika & masak hingga separuh garing. Masukkan telur & kacau perlahan-lahan agar telur tidak terlalu pecah & sambal bersalut seluruhnya pada telur. Setelah tiada lagi nampak telur mentah, tutup api & pindahkan ke dalam pinggan. Siap sambal telur pecah kita.

Pasta Aglio Olia yang semua orang suka


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua,

Sesekali kita tukar menu pasta tanpa kuah. Memang sedap geng. Untuk yang suka makanan laut, sesuai sangat geng 😋

Bahan:
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air rebusan pasta
300gm udang siap dibuang najis
300gm lala siap direbus
10 biji vongole direbus
1/2 biji cili benggala dihiris
1 sudu kecil mixed herbs
1 sudu besar chilli flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar & kemudian masukkan bawang putih. Goreng hingga sedikit garing & kemudian masukkan air rebusan pasta. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar & masukkan cili benggala & udang. Kacau. Bila dah nampak udang bertukar warna merah, masukkan lala & vongole. Kacau perlahan-lahan.
3. Masukkan pula mix herbs, lada hitam, chilli flakes & garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang.

Cempedak Goreng yang Rangup & Sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi cempedak goreng kali ni memang menjadi dan sedap. Rahsianya, guna tepung beras lebih banyak berbanding tepung gandum. Resipi ni saya dapat dari blog Azie kitchen & dia pula dapat dari Dato Sri Vida. Hah gituh... Kita kasi kredit pada tuan punya resipi k😊😊

Sebelum ni pernah juga guna tepung yang siap di pasaraya. Tapi rasanya lebih puas hati guna adunan asli. Rasa lebih mengancam.

Ini resipinya:
2 senduk tepung beras
1/2 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya

Penyediaan:
Satukan semua bahan di atas & gaul hingga mesra. Pastikan tidak berketul. Panaskan minyak dalam kuali dengan menggunakan api sederhana. Goreng dengan minyak yang banyak & panas. Masukan satu persatu & masak hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Ulang sehingga cempedak habis. Cempedah goreng ni enak dimakan time dah tak berapa panas. Kalau tak, mau melecur mulutnya.😁

Kek Batik yang Sedap & Lembut


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Saya dapat resipi ni dari YouTube @che_nom . Alhamdulillah sedap. Jika dulu masa belajar, saya buat mesti ada liat atau keras, tapi yang hatni, sedang sedap & tak manis sangat.

Oh ya, dan baru saya juga tahu, rupanya nak potong ke batik yang cantik, kena guna pisau panjang yang dicelup sebentar dalam air panas & kena lap selalu untuk dapat potongan yang cantik. Terima kasih sekali lagi Che Nom untuk tipnya 😘

Bahan:
2 pek biskut marie (540 - 600gm) dipatah empat
200gm mentega
153gm susu pekat
50gm serbuk koko
120gm milo
118ml air panas
1 biji telur
1 sudu kecil ekstrak vanila
Secubit garam (jika guna unsalted butter)

Bahan topping chocolate ganache:
200ml whipping cream
200gm coklat masakan
1 sudu kecil ekstrak vanila
1 sudu besar mentega

Penyediaan:
1. Panaskan kuali besar yang non stick dengan api sederhana (kuali biasa pun ok). Masukkan mentega. Masak hingga cair & kacau sekali-sekala.
2. Bila sudah mencair, masukkan susu pekat, serbuk koko & milo. Kacau dengan pantas agar tidak berketul & sehingga semuanya mesra. Masukkan air panas & kacau hingga mendapat adunan yang pekat & licin.
3. Masukkan sedikit garam (sebab saya guna unsalted butter). Masukkan juga telur. Kacau hingga mesra & kemudian masukkan ekstrak vanila & gaul lagi.

Home-made sos mayo yang sedap untuk burger, hotdog atau roti john.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Resipi ni saya dapat dari sorang chef di Turki. Bila dicuba & letak pada burger, memang sedap. Anda cuba & anda mesti suka juga lepas tu 😊
Bila Rudy masak burger, maka, saya yang kena standby itu sayur & sos.

Bahan:
2 sudu besar mayo
1 sudu kecil mustard
3 ulas bawang putih disagat / ditumbuk
1 sudu kecil paprika / chilli flakes
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
3 sudu besar jus jeruk (pickle juice). Jika tiada jus jeruk, letak sedikit cuka makanan.

Penyediaan:
Masukkan kesemuanya dalam satu mangkuk. Kacau hingga mesra. Jika ada rasa kurang mengancam skit, letak sedikit jus jeruk lagi.

p/s: jangan guna jus jeruk yang manis. Guna yang biasa aje.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...