Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Perancangan kita VS perancangan Allah, bagaimana kita boleh bersangka baik?


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Perancangan kita vs perancangan Allah selalunya berbeza tapi ada waktu ia seperti apa yang dirancangkan. Hidup perlu ada rancangan, impian dan cita-cita. Kerana ini semua mendorong kita untuk melakukan apa sahaja yang menjurus tercapainya hasrat tersebut. Dari kecil contohnya, kita didedahkan untuk berusaha mengenal huruf, angka, belajar ilmu baru, praktikkan ilmu, hadapi peperiksaan, belajar berkenalan dan sebagainya. Ini semua dirancang dan dipersiapkan untuk kita agar membantu menjadikan diri seorang manusia yang berguna, bermanfaat, baik dan berilmu apabila dewasa kelak. 

Konsep merancang ini  perlu ada dalam membina kekuatan dan keyakinan diri. Sebagai contoh, kita merancang untuk berjaya dalam bidang yang diminati, ingin memiliki rumah atau kenderaan yang hebat, bercuti ke luar negara ataupun menjadi pemain sukan yang ternama. Kesemua ini menuntut kita untuk merancang dengan teliti bagaimana untuk menguruskan diri, masa, latihan, pekerjaan, hubungan dengan pencipta dan sebagainya. Namun, meskipun kita telah merancang sebaik mungkin, tiba-tiba perancangan Allah yang tidak terduga muncul. Muncul dengan cara bagaimana? Selalunya ia muncul dalam bentuk musibah, kecelakaan, kesakitan, tekanan, kekurangan, kekayaan, populariti yang amat sangat ataupun peperangan. Dari sinilah kita diuji pula dengan bersangka baik. Ya, saya diuji dengan dua dari perancangan Allah ini. Saya akui, hampir mengalah untuk teruskan hidup tapi ada satu yang menguatkan saya iaitu 'Aku ada Allah. Aku ada Tuhan'.

Bagaimana saya hendak bersangka baik pada musibah dan dalam pada masa ia mengganggu proses saya menjadikan impian satu realiti? Banyak cita-cita saya seolah terbengkalai dan tercicir ke belakang. Jika diingatkan kembali, rasa down masa itu dalam 80%. Untuk bangkit, ia tidak mudah. Bertahun saya bertahan dan membina kembali kekuatan diri. Hanya Allah tahu betapa banyak air mata yang gugur

Mengapa saya memilih untuk menulis jurnal kesyukuran berbanding diari harian?

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Mengapa saya memilih untuk menulis jurnal kesyukuran berbanding diari harian yang jika dilihat lebih kurang sama fungsinya. Syukur merupakan tanda terima kasih dan menghargai segala nikmat kebaikan yang diperolehi. Dengan bersyukur, kita seolah menjemput diri untuk memikirkan banyak perkara baik yang diterima, merasa cukup dengan apa yang ada, kurang berasa cemburu mahupun iri (dalam Islam, manusia boleh cemburu dalam beberapa perkara) dan berprasangka baik kepada pencipta. Kenapa saya memilih untuk menulis jurnal syukur adalah kerana saya ingin mengurangkan sebanyak mungkin rasa cemburu yang ada dalam diri, mahu belajar menerima takdir dengan bersangka baik bahawa semuanya ada hikmah tersendiri dan mahu membina hidup yang ceria tanpa terlalu memikirkan perkara tidak baik yang telah lama berlalu. Saya mahu hidup pada masa kini. Sekarang.

Jika dahulu sewaktu belajar, saya ada menulis diari peribadi. Diari ini selalunya saya luahkan rasa hati tak kira positif, negatif, suka, stres atau apa sahaja kejadian yang berlaku pada hari itu. Dan selalunya bila saya baca balik bab-bab yang negatif, saya seperti terbawa-bawa ke masa lalu yang membuatkan saya marah, sedih, tertekan dan benci. Aura pembacaan seperti ini tidak bagus untuk diri yang cuba move-on. Tapi saya masih tetap menulis diari sehingga tamat belajar dan habis diploma (ialah tak tahu wujudnya diari boleh tulis baik-baik aje). Konsep penulisan yang saya pegang pada masa itu sama seperti awalnya. 

Pernah saya ceritakan kenapa saya berhenti menulis diari sebelum ini, makanya saya mula menulis kembali selepas 20 tahun meninggalkannya. Ini semua bermula waktu covid-19. Dalam situasi dunia yang terbelanggu dengan masalah kesihatan, saya mencari-cari alternatif untuk mengawal emosi diri dari berfikir macam-macam. Alhamdulillah Allah lorongkan saya mengenali dan 'menjebakkan' diri dalam penulisan diari kembali tapi lebih bersifat matang. Matang kerana pada situasi sekarang, saya menulis jurnal kesyukuran iaitu saya berusaha menyenaraikan banyak perkara baik yang berlaku setiap hari berbanding mencari kesalahan orang atau melihat kekurangan diri. Saya juga meraikan kejayaan-kejayaan kecil yang berlaku sekitar diri. 

Sambal ikan cencaru, makan sekeping nak sekeping lagi


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sambal ikan cencaru, menu ringkas yang pasti sedap buat peminat ikan dan sambal. Two in one gitu. Menu ini jika makan dengan nasi putih ada gulai lemak pucuk paku, pergh! confirm bertambah-tambah nasi.

Adik saya memang pandai masak menu ni. Kadang-kadang bila dia masak, tak sampai malam dah habis. So, ini resipi sambal ikan cencaru yang insyaAllah menjadi.

Bahan:
3 ekor ikan cencaru, belah belakang dan potong dua
sedikit garam, untuk salut pada ikan
sedikit kunyit, untuk salut pada ikan
1/2 mangkuk kecil minyak, untuk menumis
1/2 mangkuk kecil air asam jawa / 1 keping asam keping
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 biji bawang besar, dihiris bulat

Buku How to Stop Worrying and Start Living karya Dale Carnegie yang mengubah persepsi dan prasangka

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sambungan dari artikel sebelumnya. Buku How to stop worrying and start living adalah buku ke-3 yang memberikan saya peluang, nafas baru dan berfikir positif tentang perkara yang telah berlaku dan akan datang. Buku ini saya beli terjemahannya dalam Bahasa Melayu oleh PTS. Tajuknya serta rekomen orang di internet membuatkan saya membeli buku ini. Dan memang sangat berbaloi isi buku ini. Jadinya, isi kandungan buku ini saya adapt sedikit untuk penulisan jurnal kesyukuran saya. Saya berusaha menanam fikiran-fikiran baik dalam diri.

Ada banyak kisah benar dalam buku ini yang membuatkan saya seolah-olah diberi peluang kedua untuk kembali hidup tenang, gembira dan jauh dari ketakutan (sebelum ini, saya sering mengalami rasa takut dan ketidakpastian yang tinggi). Kisah pertama yang membuka minda saya ialah kisah seorang lelaki yang kematian 2 orang anak perempuan dalam masa setahun. Dia menjadi terlalu tertekan, emosi terganggu dan mula hilang keyakinan diri. Dia jumpa 2 doktor yang mana doktor pertama menyaran dia mengambil ubat tidur dan doktor kedua menyarankan dia untuk bercuti. Dia lakukan kedua-duanya tetapi tidak ada satu pun yang membantu dalam jangka masa panjang. Ditakdirkan satu hari, anak lelakinya yang seorang meminta dia membina sebuat bot mainan. Pada awalnya dia tidak mahu tapi oleh kerana anaknya itu merayu-rayu, jadi diturutkan. Dia membina bot mainan itu selama 3 jam. 

Sebaik selesai, baru dia tersedar dalam masa 3 jam dia membina bot itu, fikirannya seolah tidak terfikir langsung akan masalah emosi yang dihadapinya sebelum ini. Menurutnya, itu pertama kali dalam beberapa bulan mindanya berasa tenang dan tenteram. Penemuan itu membuatkan dia berfikir sejenak. Kesibukan diri membina bot telah menghilangkan perasaan bimbang dan sedih yang berlegar dalam fikirannya. Sejak dari itu, dia memastikan diri supaya sentiasa sibuk agar tidak diganggu dengan bisikan-bisikan negatif. 

Bergelumangan dengan buku antara salah satu cara saya menyibukkan diri dan mencari rezeki yang baik.


Belajar menerima ketentuan takdir antara salah satu bab yang saya suka. Kerana antara salah satu sebab saya 'sakit' dahulu, saya sukar menerima takdir yang ditentukan. Wujudnya perasaan cemburu dan prasangka tidak baik pada Allah. Kisah dalam buku ini menceritakan tentang seorang makcik yang kehilangan anak saudara seorang tentera yang dijaganya sejak kecil dalam peperangan di utara Afrika. Apabila menerima berita kematian anak saudaranya itu, langit seolah runtuh atas kepalanya. Segala rasa untuk hidup seolah hilang. Selama beberapa bulan beliau sedih sehingga berhasrat untuk meletak jawatan. Sedang dia mengemas meja pejabat sewaktu hendak berhenti, tiba-tiba beliau terjumpa sepucuk surat yang ditulis oleh mendiang anak saudaranya ketika neneknya meninggal dunia beberapa tahun lepas. Tulisan dalam surat itu menyentaknya.

Resipi sihat sayur petola, suun dan fucuk, untuk orang yang nak diet


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu sayur petola yang mudah, sihat dan sesuai untuk diet. Dek kerana badan saya dah naik bagai dipam-pam, makanya, marilah berusaha untuk kurus kembali dan sihat. Bila badan dah naik ni, faham-faham ajelah. Jom kita masak menu sayur ni.

Bahan:
1 biji petola dibuang kulit & dipotong sedikit serong
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 cekak soo hoon dan fucuk direndam
10 ekor udang dibuang kulit
2 cawan air
Garam secukup rasa
3 sudu minyak zaitun untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga wangi. Kemudian, masukkan udang & masak hingga udang berubah warna. Masukkan pula air. Kacau dan biar mendidih
2. Masukkan petola, so hoon dan fucuk (toskan), tambah garam secukup rasa. Siap.

Sloppy joe's bebola daging, peminat daging dan budak-budak pasti suka


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sloppy Joe's tapi versi lain skit kali ni. Kekadang bila asyik makan nasi, kita nak cuba resipi lain untuk merasa pula. Dan ini resipi mudah saya dan suami suka masak dan makan, sloppy joe's. Cuma kali ni, kami letak bebola daging. Lebih kurang macam Subway juga cuma everything meat. Anda cubalah, rasanya budak-budak dan orang yang suka daging mesti suka makan bila dah hadap.

Bahan:
6 roti hotdog dibelah dua tapi tak putus. Sapukan mayo dalamnya & bakar atas kuali leper.
18 biji bebola daging
30 keping pepperoni disalai tanpa minyak
1 keping daging kisar
1 tangkai cili merah dihiris
1/2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air
1 1/2 cawan sos tomato atau tomato puri
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos cili
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil pepper flakes
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Masak daging kisar dalam kuali tanpa minyak. Guna api sederhana. Masak hingga air daging sedikit mengering & daging tidak berketul.
2. Kemudian, masukkan cili merah & bawang besar serta putih. Masak seketika. Selepas itu, masukkan air & sos tomato/tomato puri. Masak hingga mendidih. Masukkan pula bebola daging. Kacau dan biarkan sebentar.
3. Setelah itu, masukkan gula perang, serbuk cili, pepper flakes, sos cili, garam & lada hitam. Kacau hingga mesra. Masak guna api perlahan selama 15-20 minit. Kacau sekali sekala. Setelah mendidih, tutup api. Letakkan roti hotdog dalam piring, letakkan kepingan pepperoni di tengah roti dan kemudian masukkan isi sloppy joes dengan bebola daging. Enak dimakan begitu sahaja atau jika anda suka, boleh paipkan mustard diatasnya. Selamat mencuba.

Menulis jurnal kesyukuran, antara terapi diri untuk kekal positif dan sangka baik

 


Menulis jurnal kesyukuran merupakan antara terapi saya berusaha mengekalkan diri untuk positif dan bersangka baik. Alhamdulillah, sudah melebihi 3 tahun saya menulis jurnal kesyukuran ini. Rasanya semenjak covid-19 bermula. Sebelum ini, masa belajar di sekolah menengah dan beberapa tahun di universiti, saya ada menulis diari. Cuma bezanya antara diari dan jurnal kesyukuran, diari, saya banyak meluahkan rasa tidak puas hati, sedih dan stres berbanding rasa syukur atau perkara baik. Saya berhenti menulis diari pada waktu itu kerana diejek oleh rakan sebilik kerana menulis diari. Saya tak ingat apa dia kata, tapi akibat kata-katanya itu, saya berhenti menulis (jika difikirkan balik, hikmahnya, saya tidak meneruskan diri menulis perkara-perkara negatif). 

Mungkin ada susur galur atau DNA dalam gen ibubapa atuk nenek saya sebelum ini yang suka menulis, jadi tabiat menulis ini sukar dihentikan. Daripada menulis jurnal akademik sehinggakan ke buku cerita kanak-kanak, novel pendek, blog hingga ke status di medsos, saya terus menulis. Dan oleh kerana menulis mampu membebaskan jiwa saya untuk berkongsi ilmu yang ada, berkongsi kisah yang menarik juga mendokumenkan travelog kisah diri, Allah perkenalkan saya dengan gratitude journal atau jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu sebagai Jurnal Kesyukuran. 

Satu malam, sedang saya scroll website Big Bad Wolf yang sedang buat promosi akhir tahun (rasanya akhir tahun), saya jumpa satu buku murah bertajuk 'A simple act of gratitude'. Saya baca sinopsisnya. Menarik. Jadi, saya belilah sekali dengan novel inggeris yang lain. Bila dapat buku ni, saya baca skit. Mula-mula macam tak berapa faham sebab penulisnya menceritakan tentang masalah-masalah yang dihadapi sekelilingnya. Selepas masuk bab kedua dan ketiga, baru saya seronok membacanya sehinggalah bab akhir. 


Saya mempraktikkan perlahan-lahan apa yang ditulis dalam buku ni. Saya ditakdirkan jumpa sekotak kad direka khas untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita hajati. Dalam box ni ada 20 keping kad berserta sampul. Terus saya beli. Jadinya, kad-kad ini saya tulis ucapan terima kasih dan kata-kata semangat dan berikan kepada beberapa orang ahli keluarga saya bila kami berjumpa semula selepas beberapa bulan tak berjumpa dan kena kuarantin (masa ni tahun covid melanda ya). Tak lama lepas tu, saya berusaha meminta alamat kawan-kawan sekolah. Saya berikan mereka kad ucapan Selamat Hari Raya dan duit raya syiling (mereka happy menerimanya). Masa ni saya belum menulis jurnal kesyukuran lagi. Waktu awal-awal ini, saya juga berusaha untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang ditemui dan membantu saya. Kerana, tanpa mereka, urusan saya pasti tergendala atau tersekat.

Tak lama lepas tu, tengah dengar Spotify dari Oprah Winfrey, saya terdengar kisah beliau bercerita tentang Gratitude Journal dan kelebihan menulisnya. Jadinya, saya cuba cari info tentang gratitude journal ni dan cari buku yang ada berkaitan dengannya. Dan terima kasih sekali lagi kepada Big Bad Wolf kerana telah memperkenalkan saya pada buku 'The gratitude diaries' karya Janice Kaplan. 

Bila baca buku ni dalam 3 bab pertama, saya rasa seperti tak sabar-sabar untuk menulis jurnal kesyukuran. Bukan sahaja tak sabar untuk menulis tetapi juga belajar menghargai orang sekeliling dan mengucapkan kata-kata baik. Saya mulakan dengan menulis jurnal dalam buku nota hardcover hadiah daripada bank. Dari situ, setiap hari saya cuba menulis 3-5 perkara baik yang berlaku kepada diri. Sambil menulis, saya tetaplah membaca info lain tentang kesyukuran dan buku motivasi. Kerana, saya mahu hidup dalam keadaan yang hatinya aman, tidak berdendam atau cemburu juga ingin perbaiki diri mana yang kurang. 

(kita sambung kembali dalam kisah ke-2)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...