Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Selasa, 5 Julai 2022
Spaghetti goreng pedas, campak apa aje isinya
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.Teringin nak makan spaghetti. Tapi memikirkan kat kedai dapat skit aje dan kekadang rasa tak berapa kena dengan tekak, makanya, moh le kita masak sendiri. Boleh le ngulang makan berkali-kali.
Rasa nak pedas, kome boleh le letak cili flakes & cili kering tu banyak skit 😁
Bahan:
1 pek spaghetti direbus al dante
10 biji vongole
8-10 ekor udang
4 ekor sotong kerat 3
4 batang sosej dipotong serong
2 kiub ikan bilis
10 tangkai cili kering dipotong 3
1 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
1/2 cili benggala dihiris & kerat 3
1 1/2 cawan air rebusan spaghetti
1/2 biji lemon
4 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar kicap soya cair
2 sudu kecil chili flakes (nak pedas, letak le banyak mana suka)
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dahulu & kemudian bawang putih. Selepas itu, masukkan cili kering. Masak seketika & masukkan pati ikan bilis. Kacau hingga patinya hancur.
2. Masukkan pula kicap soya cair & jus lemon. Kacau hingga mesra. Masukkan vongole, udang, sotong & sedikit air rebusan. Kacau seketika & kemudian tutup dengan penutup periuk. Biarkan ia masak dalam 3-4 minit.
3. Angkat penutup & gaul. Masukkan spaghetti & gaul lagi. Kemudian, masukkan cili benggala & 1 sudu kecil chili flakes. Gaul hingga mesra. Tutup api & hidang dalam pinggan besar. Siap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan