Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 13 Disember 2020

Resipi mi goreng mamak warna merah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Selalu kita makan kedai mamak, ada beberapa menu dia warna merah semacam tapi tak pedas. Nak tahu rahsianya?

Serbuk dalam tin yang bertulis Bush orange red powder tu lah yang menaikkan warna makanan mereka. Serbuk ini dibawa khas dari India. Serbuk ini selalu digunakan dalam menu biskut, aiskrim, ayam goreng, nasi, mi dll. Harganya tak mahal. Dalam range RM5-7 sekotak. Guna hanya SECUBIT atau 1/4 sudu kecil aje.

Bahan:
1 pek me kuning dicuci bersih
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 batang sosej dihiris serong & digoreng sekejap
1 biji kentang dipotong dadu digoreng sekejap
2-3 sudu besar cili giling
1 cawan air (untuk masakkan cili sebentar)
17 fish ball dipotong dua (letak aje apa yg ada dlm fridge)
3 sudu kicap biasa
2 sudu kicap pekat
1 biji telur
1 ketul tauhu putih
3-5 tangkai sawi pendek dipotong
Secubit pewarna merah Bush
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling & gaul sebentar. Masukkan pula air & kacau. Biarkan masak sebentar.
3. Bila kelihatan garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat & pewarna bush. Gaul semuanya agar sekata. Tambahkan sedikit air jika nampak kering.

5. Masukkan pula telur & kacau sedikit. Kemudian, masukkan mi, kentang, sosej & sayur. Masukkan tauhu yang diramas. Kacau sehingga sebati. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit air & sos tiram.
6. Bila dah masak, masukkan mi dalam mangkuk besar. Hidangkan begitu aje atau boleh letak hirisan cili, daun bawang atau belahan limau kesturi.

Sabtu, 12 Disember 2020

Kerang rebus kuah tomyam yang sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua...

First time buat resipi ni, rasa sedap sangat. Sesekali makan kerang dengan hirup kuah tomyam memang marbeles. Bak kata atuk KFC, 'finger linking good'. Tq @matgebu untuk resipi kerang kerek tu. Saya tukar sikit sebab x suka bau daun ketumbar 😁

Yang nak try, boleh sesangat. Bahannya mudah aje. Oh ya, jika tak suka kerang, boleh le ganti dengan kupang ke, lala ke atau siput sedut.

Bahan:
500gm kerang
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
2 ulas bawang putih, dihiris halus
1 biji bawang besar, dihiris kasar
1/2 inci halia, hiris halus
12 tangkai cili padi diketuk
1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji tomato belah 6
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Cuci bersih kerang & toskan. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai, bawang putih & halia. Masak hingga harum & layu. Masukkan cili padi & pes tomyam. Kacau rata & masukkan sos tiram & sos cili. Masukkan kerang & daun limau purut. Besarkan api & gaul mesra.
2.Tuang air & tutup kuali, masak hingga kerang terbuka kulitnya. Tambah hirisan bawang besar, tomato & kacau. Akhir sekali masukkan jus limau nipis. Gaul rata & jika rasanya ok boleh matikan api.

Jumaat, 11 Disember 2020

Resipi Kuih Bakar Bijan yang mudah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Bila dah beli bijan haritu, makanya harini kita buatlah kuih bakar ada bijan atasnya. Alhamdulillah sedap lepas kuih dah sejuk & boleh dimakan.

Bahan:
3 biji telur gred A
400 gram tepung
2 cawan gula pasir
6 cawan santan pekat (saya guna 500ml santan kotak & tambah air untuk jadikan 6 cawan)
½ sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna hijau
1 sudu besar bijan

Penyediaan (Guna loyang 10x10):
1. Panaskan oven pada suhu 200°.
2. Loyang dilenser dengan mantega & kemudian taburkan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum.
3. Dalam bekas besar, masukkan telur & gula. Gunakan mixer & putar hingga adunan kembang & gula hancur. Masukkan pula santan, tepung gandum, pewarna hijau & garam. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang perlahan-lahan. Masukkan dalam oven & bakar selama 25 minit & kemudian baru ditabur bijan di atasnya. Jika tabur awal, bijan akan tenggelam.
5. Bakar selama 1 jam atau 1 1/2 jam atau sehingga warna di atasnya bertukar coklat kehitaman. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia betul-betul sejuk baru dipotong. Kiranya, biarkan sejuk sendiri dalam 2 jam.

Khamis, 10 Disember 2020

Kek Lemon Bermentega @ Lemon Butter Cake yang akhirnya jadi juga


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Boleh bilang dengan jari, berapa kali aje dalam setahun saya buat kek. Kek dengan saya memang tak berapa ngam. Kalau tak bantat, hangit. Hmmm...

Tapi Alhamdulillah kali ni jadilah juga walaupun ada gelembung-gelembung hitam sikit. Bak kata adik ipar, kena kenal oven. Hmmm... Nak kenal camne ni, link pun tak berapa ngam dengan menu kek ni. Anyway, tq @melissadarabian for the recipe. The recipe is easy & delicious.

Ni resipinya kalau ada yang nak cuba. Saya guna loyang besar tapi resipi asalnya guna loyang kecil. Saya doublekan the portion.
Ni resipi asalnya.

Bahan:
1/2 cawan mentega suhu bilik
1/2 cawan gula caster
2 biji telur saiz A suhu bilik
1 sudu kecil vanila
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil parutan kulit lemon (lemon zest)

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam & baking powder. Ketepikan.

Rabu, 9 Disember 2020

Jus lemon, halia & madu yang boost badan kita


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Jus lemon, halia & madu, bagus untuk 'boost' sistem dalam badan kita.

Dah dapat buku dari Big Bad Wolf semalam, haruslah godek buku resipi dulu. Kita cari resipi yang mudah & bahan-bahan dah ada di dapur. Kot ada yang mood swing, selesema, takde selera nak makan, cuba jus ni. Hopefully ok sikit badan tu 😊

Bahan:
2 inci halia dihiris ataupun sagat
1 cawan air panas
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 keping lemon dihiris nipis
2 sudu besar madu

Penyediaan:
1. Letakkan halia dalam gelas besar. Masukkan air panas ke dalamnya & biarkan ia direndam dalam 5 minit.
2. Masukkan jus lemon & madu ke dalam gelas tadi & kacau hingga madu larut. Siap. Jika suka sejuk, letak aje ais kiub 3-4 ketul.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...