Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 8 Jun 2020

Resipi Udang Masak Berempah yang mewangikan rumah dengan halba campur


Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Resipi udang masak berempah ni saya dapat dari buku Resipi Daun Kari dari PTS. Dan yang bestnya, wangi rumah dengan bau halba campur bila ditumis.

Pertama kali menumis halba campur & bau rumah wangi dengan rempah hingga ke petang. Dan menu ni mudah & sedap. Jika tak suka udang, boleh cuba dengan ketam, lala, kupang mahupun ikan.
Dan jika berminat nak dapatkan makanan laut segar pada harga berpatutan, boleh try contact Encik Faizal di 012-2233597. Penghantaran di buat di area Ampang, KL (certain area), Klang & Port Klang.

Thanks to Chef @hanieliza untuk resipi.

Bahan A:
500 gram udang besar (boleh ganti dengan seafood lain)
3 sudu besar rempah kari ikan
1/2 cawan air asam
1 labu bawang besar potong 4
2 biji tomato potong 4
1/2 tangkai cili merah belah 2
5 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B (tumis):
4 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari

Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali & tumis bahan B hingga wangi.
2. Bancuh rempah kari dengan air asam. Kacau & masukkan dalam kuali. Kacau hingga mesra & pecah minyak & pekat.
3. Masukkan udang, tomato, bawang besar, cili merah & garam. Kacau hingga mesra & pecah minyak (jika masak makanan bercengkerang, tutup dengan penutup periuk/kuali sebentar agar isi dalam cengkerang betul-betul masak. Dalam 3-4 minit). Bila nampak dah masak & pekat, tutup api. Sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...