Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 13 Oktober 2016

Karipap / Karipaf / Currypuff / Cornish Pasty, Pelbagai Nama Namun Rasanya Hampir Sama

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Today, saya nak kongsikan resipi old time favourite kebanyakan rakyat Malaysia ataupun rumpun Asia, karipap. Nama kuih ni memang ada macam-macam tapi, kalau orang Asia tengok, mesti tahu kesedapan & keenakannya yang tersendiri.

Kuih karipap ni memang sedap bilamana pertama kali saya menikmatinya pemberian dari encik tunang a.k.a encik hubby sekarang. Hehehe...
Masa tu, biasalah kan bila bakal-bakal bertukar juadah pemberian bila sesekali berjumpa. Dan karipap ini memang antara kesukaan saya dan keluarga.

Dan, terjadinya penghasilan karipap pada hari ini adalah kerana permintaan encik hubby berbulan lamanya nak makan karipap. Saya memang tak pandai buat. Selalunya saya hanya akan bantu mak mertua untuk kacau inti dalam kuali & klim kulit karipap tu. Mak mertua saya yang semakin berusia dan adakala sering sakit-sakit, tak berapa upaya nak buat lagi karipap ni. Makanya, demi suami tersayang, perut yang teringin & mak mertua yang dah kurang kuderatnya, saya belajar buat karipap hari ini.

So... meh saya kongsikan karipap oldies yang sedap, marvelous & lembut rangup ni. Kot le mana tahu korang nak ngetest atau jual. The recipe can be use... Janji, bila orang lain tanya mana dapat ilmu buat karipap ni, kongsikan aje dengan sesiapa pun. Jangan kedekut ilmu k... Pahala untuk kita semua bila dah tak ada nanti. Ingat pesan Rasulullah s.a.w tentang 3 perkara yang menjadi bekalan kita bila sudah tiada nanti.

Bahan-bahan:
Inti:
  1. 1 biji bawang besar - potong dadu/hiris nipis
  2. 1/2 labu bawang putih - dihiris nipis
  3. 3 sudu besar rempah kari daging dicampur suku cawan air
  4. 1 inci belacan
  5. 1 bahagian dada ayam dipotong kecil-kecil (nak guna daging pun boleh)
  6. 1 kg kentang - dipotong dadu (jangan kecil sangat sbb takut hancur bila masak & jangan tebal sangat sbb takut karipap susah nak katup bila klimkannya)
  7. 2 sudu besar kerisik (antara fungsinya untuk wangikan inti karipap)
  8. 5-6 sudu kecil garam - ikut rasa anda 
  9. 5-6 sudu besar gula - ikut rasa anda
  10. 4-6 cawan air untuk masak & empukkan kentang 
  11. 3 sudu besar minyak untuk menumis
  12. 1 genggam daun bawang yang dihiris (gaulkan bila api dah tutup ya. At least the colour will preserved)
  13. 2 tangkai daun kari (jika tiada, ganti dengan kayu manis)
Kulit:
  1. 1kg tepung gandum
  2. 2 biji telur saiz A
  3. 250gm mentega / planta (potong dadu jika mentega blok tu)
  4. 1 1/2 cawan air garam (cairkan 4 sudu kecil garam dengan suka cawan air panas dan tambah air sejuk)
  5. Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
Inti.


  1. Tumis bawang besar & putih sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan rempah kari, daun kari & belacan. Gaul sebentar dan masak sehingga sedikit garing.
  3. Masukkan ayam dan sedikit air. Gaul sebentar.
  4. Masukkan kentang dan 5 cawan air. Gaul dan biarkan bahan sebati seketika. Bila mula menggelegak, masukkan garam & gula. Gaul dan masak sehingga kentang empuk. Jika kentang lambat empuk, masukkan secawan air lagi atau sehingga anda puas hati. Tapi jangan kentang tu lembik sangat tau. 
  5. Rasa jika ingin tahu inti anda masin atau tidak, sedap atau tidak. Jika ada terkurang, tambahkan apa yang perlu. Tutup api jika sudah masak dan masukkan hirisan daun bawang. Gaul mesra dan letak ketepi. Biarkan sejuk dan bahan mengering seperti dalam gambar.
Kulit karipap.

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas besar atau periuk besar (mudah nak uli dalam bekas besar atau bowl dahulu)
  2. Masukkan telur (pecah sebiji demi sebiji di dalam bekas kecil lain. Takut terkena telur tembelang or busuk).
  3. Masukkan mentega yang dipotong dadu. Ramas bahan hingga mesra.
  4. Masukkan air garam sedikit demi sedikit. Jangan sekaligus. Nanti adunan jadi terlalu lembik. Uli sehingga menjadi doh.
  5. Potong 4 bahagian doh besar tersebut agar mudah menguli di atas meja atau papan.
  6. Leperkan doh menggunakan penggelek atau rolling pin agar ia menipis (seperti gambar di atas). Jangan tebal sangat, nanti bila menggoreng, kulit karipap jadi tebal banding isi. Tekap doh yang leper dengan sesuatu yang bulat (saya guna penutup plastik balang raya). Ketepikan.
  7. Jika anda ingin buat karipap tu besar sikit, cari aje bekas bulatan yang besar. Kiranya nanti jadi macam karipap kingkong le. Ngeee...
Untuk kulit yang dah ditekap tadi, boleh aje timpakan seperti ini. Tapi jangan banyak sangat. 1 stack ada 10 kulit karipap ya. Yang kulit besar tu, saya nak buat ala-ala cornish pasty. Kita bakar dalam oven... :)

Setelah siap kulit & inti, maka mulalah proses mengelim karipap. 
  1. Letakkan sekeping kulit karipap di atas tangan. Letakkan inti dalam separuh sudu besar atau sejemput inti (jangan besar sangat, kang payah pulak nak dikatup & klim).
  2. Lipat dua kulit karipap tersebut dan kelepetkannya atau klimkannya seperti kita lihat karipap kat kedai tu. Tapi, jika anda tak reti nak kelepetnya/klimnya, boleh aje picit dan tarik ke atas kulit karipap kelilingnya atau paling mudah, penyek guna garfu keliling karipap. Susun karipap yang siap di atas bekas panjang atau tupperware. 
  3. Goreng karipap dengan minyak yang banyak dan sederhana panas. Bila dah masak, toskan. 
Susun aje seperti ini. Jika takut kulit tertanggal bila bertindih, letak keripap tu baring lah. :)

Tips:
1. Kulit karipap cepat kering bila dah ditekap jadi, untuk elakkan ia tidak kering sangat, kipas di dapur pastikan ia amat perlahan atau tutup dengan kain sedikit lembab bila dah siap.
2. Jika kulit karipap kering atau agak mengeras masa proses nak masukkan inti, pastikan bahagian lembab di dalam dan keras itu di luar. Kalau tak, susah nak klim kulit karipap tu.
3. Jangan guna api besar bila memasak kerana kulit karipap cepat hitam atau menggelembung dan ini akan sedikit menjejaskan rupa karipap tu.

Happy cooking everyone...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...