Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 6 Jun 2020

Ayam Goreng Pedas & Berempah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ni dari buku Chef @hanieliza .
PTS ada promosi pek buku-buku masakan, buku agama, buku motivasi di showroom depa. 6 hari sebelum raya, sambil ambil last stok buku singgah sat tengok promosi yang ada. Dapatlah set buku masakan 10 naskhah pelbagai tajuk hanya RM20 aje. Dan buku resipi daun kari ni best. Macam-macam menu boleh cuba + you can't deny harumnya bau daun kari bila ditumis.

Dan resipi ni saya cuba dulu. Alhamdulillah sedap. Jika nak extra pedas, boleh letak cili padi banyak skit atau jenis cili yg kecil tu & letak lada hitam.

Bahan:
1kg ayam
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
5-7 tangkai cili padi
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar tepung goreng berempah (jika xde guna 1 sudu tepung gandum + 1 sudu kecil tepung beras)
1 biji telur
5 tangkai daun kari dihiris kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Bersihkan ayam & toskan. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, cili padi & sedikit air.
2. Dalam satu mangkuk, masukkan bahan kisar, cili kisar, rempah kari, serbuk kunyit, tepung, daun kari & garam. Gaul mesra.
3. Masukkan ayam dalam bahan campuran & perap ayam selama 30 minit ke 1 jam (nak lagi kaw, perap le lama lagi).
4. Panaskan minyak dalam kuali atau deep fryer & goreng ayam sehingga masak & sedikit garing. Angkat & toskan. Siap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...