Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.
Kuih bingka ubi yang sekali hadap, tinggal setengah dulang.
Family Rudy mostly suka kuih ni. Kalau kakak dia pergi pasar malam jalan TAR, mesti dia ada bawak balik kuih ni. Dan bila buat kuih bakar haritu cantik kejadiannya & sedap, saya teringin nak cuba buat kuih bingka ni.
Dan cari punya cari resipo, saya ambil resipinya dari web @aziekitchen . Alhamdulillah, mak ayah mertua, suami, anak2 sedara & saya pun suka. Sedap... 😋😋 Ini resipinya saya share tapi dek kerana ubi kayu sikit, saya ubah kuantitinya ya puan @aziekitchen
Bahan:
3 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
1. Panaskan oven pada suhu 200°c menggunakan api atas & bawah.
2. Parut ubi kayu & sukat. Masukkan semua bahan lain & kacau rata sehingga gula hancur.
3. Tuang dalam loyang adunannya dalam 7x7. Ratakan permukaan adunan. Masukkan loyang ke dalam ketuhar & letakkan di rak paling bawah. Bakar selama 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bingka keperangan.
4. Untuk mendapat permukaan kuih yang keperangan, tukar api oven pada fungsi grill (api atas saja dan tanpa kipas) bila kuih telah masak. Bakar untuk 5 - 8 minit lagi atau mengikut tahap garing yang dikehendaki. Tutup api & keluarkan loyang. Biarkan kuih menyejuk dalam 1-2 jam sebelum dimakan. Siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan