Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 1 Mac 2020

Ikan Goreng Sambal Belacan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu yang sangat mudah, sedap & best time makan dengan nasi panas atau time lapar. Marvelous.

Bahan:
5 ekor ikan kembung dikerat dua & dicuci bersih
1 sudu besar kunyit
1/2 sudu besar garam
3/4 cawan cili padi
1-2 batang cili merah
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil belacan
1 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
Gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Kisar/blend cili padi, cili merah, bawang, belacan & sedikit air. Ketepikan. Selepas itu, salutkan ikan kembung dengan kunyit & garam. Kemudian panaskan kuali & masukkan minyak. Setelah panas, goreng ikan sehingga masak & angkat.
2. Tuangkan 3/4 minyak menggoreng tadi ke dalam bekas lain. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali. Kacau seketika & biarkan ia masak sebentar.
3. Selepas itu, masukkan air asam. Kacau sebentar & biarkan ia mendidih lebih kurang 3-4 minit. Masukkan pula gula & garam secukup rasa. Kacau. Bila dah agak garing sambalnya, masukkan ikan goreng tadi ke dalam kuali. Gaul sehingga mesra. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...