Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dah lama tak menguli doh pastri dan akhirnya mood sampai juga. Gigih akak masak resipi baru ni.
Asalnya nak masak guna resipi Jamie Oliver tapi udahnya belek juga resipi di Pinterest. Akhirnya came outlah resipi ikut citarasa lidah Malaysia. Alhamdulillah sedap juga.
Cuma, jika nak pedas, boleh makan dengan sambal atau sos.
Bahan:
1 keping kulit puff pastry (Saya guna jenama Kawan)
3 sudu besar mentega
6-7 biji kentang dipotong dadu
3 keping dada ayam dipotong dadu
1 batang lobak merah didadu
1 biji bawang besar didadu
1/4 cili benggala kuning didadu
1/4 cili benggala merah didadu
1 tangkai cili merah dihiris
4-5 biji cendawan butang dihiris
1 cawan kacang peas
1 cawan air
1 1/2 cawan susu masakan
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil thyme
1-2 sudu kecil garam (ikut rasa)
1 biji telur (untuk sapuan)
Loyang atau bekas pembakar

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 200°
2. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan mentega. Setelah panas, masukkan bawang. Kacau seketika & kemudian masukkan ayam. Kacau & biarkan masak seketika. Kemudian, masukkan lobak merah, kentang & 1 cawan air. Kacau & biarkan ia masak dalam 10 minit.
3. Masukkan pula cili benggala & cili merah. Kacau sebentar & masukkan cendawan. Selepas itu, tuang susu masakan. Masak hingga mendidih sambil mengacaunya. Akhir sekali masukkan lada hitam, daun thyme & garam secukup rasa. Kacau & tutup api. Tuang inti pie dalam loyang. Ketepikan.
4. Taburkan sedikit tepung gandum atas meja/work surface & kemudian ambil sekeping doh pastri & gelek dengan pencanai (rolling pin) sehingga doh separuh nipis dari asal. Kemudian potong sedikit besar dari saiz loyang. Letakkan doh atas loyang inti & tekan kelilingnya. Sapukan telur atas kepingan pastri & masukkan dalam oven. Masak dalam 17-20 minit hingga warna kulit puf kekuningan & sedikit garing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan