Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Ter'masak'nya spaghetti ni semuanya gara-gara satu restoran menghidangkan menu yang sama tapi versi PLAIN SANGAT, TAWAR & BILA TENGOK AJE, HATI TERUS MENGATA.
Serius, dengan harga sepinggan buttermilk spaghetti RMxx.xx tapi bila dapat macam kiddies meal, hati sakit. Dan penyudahnya, masa bayar, saya cakap apa yang patut pada stafnya.
So, hari ni, rentetan sakit hati semalam, saya buatkan buttermilk spaghetti yang SEDAP, PLATING CANTIK & VERY TEMPTING hingga encik Rudy menyudu kuahnya sampai habis.
Terima kasih @daddyisthechef untuk resipi sedap ni. Pueh hati saya bila masak dari hati (agaknya tukang masak restoran tu passionnya dah hilang). Ini resipinya saya kongsi. But still, ada a few menderhaka, ikut bahan yang ada di dapur.
Bahan:
1/3 paket Spaghetti
20 ketul Popcorn Chicken
1 tin susu sejat
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar mentega
3 tangkai cili padi dihiris
2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil serbuk Cayenne
1/2 cawan parutan keju cheddar
1 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Rebus spaghetti sehingga 'al dente' (dalam 10-12 minit). Dah masak, tos & ketepikan.
2. Goreng potongan kecil ayam disadur tepung untuk buat popcorn chicken (resipi boleh cari gambar sebelum2 ni). Ketepikan.
3. Panaskan kuali & masukkan mentega. Bila sudah cair & panas, masukkan bawang, daun kari & cili padi. Masak sehingga naik bau & kemudian masukkan susu sejat & serbuk cayenne. Kacau hingga mesra & hingga kuah mendidih.
4. Masukkan pula keju cheddar. Kacau hingga keju mencair & masukkan pula garam secukup rasa (jika guna keju parmesan, letak sikit aje garam kerana keju ini sedikit masin). Masak kuah hingga sedikit pekat. Tutup api.
5. Bila hendak makan, letakkan spaghetti dalam pinggan, letakkan popcorn chicken & tuang sesenduk dua kuah ke atasnya. Jika nak pedas, boleh taburkan paprika atau chili flakes. Siap.