Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 8 Februari 2018

Apam Tepung Gandum, Kuih Oldies Yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama tak buat kuih ni. Tetiba teringat & bahan-bahan pun mudah dapat, so apalagi, gigih memasak apam ni. Sesekali makan memang sedap. Antara kuih oldies yang sedap.
Alhamdulillah semua suka kecuali si kecik Ely. Dia nak kopok aje...

Bahan A:
1 cawan gula Melaka (dipecah kecilkan agar mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 simpul daun pandan

Bahan B:
11gm yis
1/2 cawan air suam

Bahan C:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam

Bahan D:
1 cawan kelapa putih parut
1/4 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan A dalam kuali kecil & masak atas api sehingga gula melarut. Tutup api & sejukkan seketika. Buang daun pandan.
2. Masukkan yis dalam cawan berisi air & kacau. Biarkan yis mengembara dalam cawan selama 10 minit.
3. Campurkan bahan C ke dalam mangkuk besar. Kacau seketika & masukkan adunan B. Kacau sebentar dan kemudian masukkan adunan A sedikit demi sedikit. Kacau/Whisk adunan sehingga hilang bintil-bintil tepung. Jika sukar, anda boleh tapis adunan ke dalam mangkuk lain sambil menekan menggunakan sudu adunan yang terhalang oleh bintil tepung. So, adunan lebih smooth.
4. Tutup adunan menggunakan kain lembab atau plastik. Biarkan selama 1 jam agar adunan kembang.
5. Setelah adunan kembang, sapukan minyak ke sekeliling loyang pengukus. Masukkan adunan ke dalam loyang dan biarkan dalam 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 40 minit.
6. Setelah apam masak, keluarkan dari periuk pengukus dan biarkan seketika dalam 10 minit sebelum memotongnya. Taburkan bahan D yang dicampur ke atas apam yang dipotong atau golekkan apam pada bahan D. Siap.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...