Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 25 Februari 2018

Kuih Bronok / Sagu Berkelapa Perisa Pandan dan Karkade (Roselle)


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni saya nak share tips untuk buat kuih bronok atau sagu berkelapa menggunakan bahan original iaitu daun pandan & karkade (roselle timur tengah).
Bila kita masak menggunakan bahan semulajadi, ianya lebih memberi rasa SEGAR pada makanan tersebut berbanding hanya menggunakan pewarna. Tapi jika susah nak dapat, boleh aje guna pewarna. Tiada masalah.

BRONOK PANDAN
Bahan:
1. 1 1/2 cawan sagu
2. 1 cawan gula
3. 4 cawan air
4. 3 titik pewarna hijau (jika daun pandan anda tak banyak untuk di'blend' untuk ambil warnanya)
5. 1 helai daun pandan
6. Kelapa parut (putih sahaja)
7. 1/2 sudu kecil garam

Penyediaan:

1. Masukkan dalam periuk air, gula, daun pandan & pewarna hijau. Masak sehingga sedikit mendidih
2. Masukkan sagu ke dalam periuk & keluarkan daun pandan. Masak pada api sederhana dalam 10 minit atau sagu masak. Kacau sekali sekala.
3. Bila sudah masak, masukkan dalam loyang atau bekas untuk menyejukkannya. Dalam 1-2 jam.
4. Bila hendak makan, potong dan sadurkan pada kelapa putih yang dicampur dengan garam. 


Untuk bunga Karkade ni, anda jangan letak banyak sangat. Cukup setakat 3-5 kuntum kerana rasanya yang sedikit masam & ia akan mengganggu pembekuan kuih tersebut (saya pernah buat pada agar-agar. Ia tak memejal seperti sepatutnya jika letak banyak). 

BRONOK KARKADE (ROSELLE)
Bahan:
1.1. 1 1/2 cawan sagu
2. 1 cawan gula
3. 4 cawan air
4. 3-5 kuntum bunga karkade
5. 1 helai daun pandan
6. Kelapa parut (putih sahaja)
7. 1/2 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Masukkan dalam periuk air, gula, daun pandan & bunga karkade. Masak sehingga sedikit mendidih
2. Masukkan sagu ke dalam periuk & keluarkan daun pandan serta bunga karkade. Masak pada api sederhana dalam 10 minit atau sagu masak. Kacau sekali sekala.
3. Bila sudah masak, masukkan dalam loyang atau bekas untuk menyejukkannya. Dalam 1-2 jam.
4. Bila hendak makan, potong dan sadurkan pada kelapa putih yang dicampur dengan garam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...