Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 29 September 2017

Kuey Teow Hailam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Gara-gara stok kuey teow & mi kuning ada dalam fridge, jom kita habiskan...

Tapi... Ada satu gerai kuey teow hailam yang sedap berhadapan stesen komuter Nilai. Saya cuba replicate tapi tak jadi. Pemurahnya tukang masak gerai ni, dia berikan kuah yang sedap & pekat, ayam goreng dipotong sederhana besar & tahap kepedasannya yang best.
Anyway, boleh cuba resipi saya ambil di web tiffinbiru. Saya olah sikit ikut apa bahan yang ada dalam fridge.

Masa penyediaan: 35 minit

Bahan2:
1.5 liter air stok ayam (saya guna kiub pati ayam dan rendam dlm air panas)
2 keping dada ayam, dihiris
2 keping fish cake, dihiris
1 cawan hirisan capsicum
1 batang lobak merah dihiris bulat
2 biji tomato belah 6
3 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
3 sudu sos cili
1 camca teh tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga rata)
5 tangkai cili padi dihiris
Garam secukup rasa

Bahan lain:
500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
1 liter air untuk rebus kuey teow

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan ayam dan lobak merah, kacau rata. Campurkan sos tiram, sos cili, kicap pekat & serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Biar mendidih.
2. Masukkan fish cake & capsicum. Biar sekejap dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan tomato dan juga garam secukup rasa. Masak sekejap dengan api perlahan hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
3. Panaskan kuali berisi air & sesudu kecil minyak bijan. Masukkan kuey teow & kacau seketika. Matikan api dan toskan kuey teow tadi.
4. Untuk hidangan, letakkan 2 senduk kuey teow dalam mangkuk hidangan dan letakkan kuah dalam 3-4 senduk. Hias ikut suka anda. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...