Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat hadiri Pesta Buku tahun ini. Last year tak dapat join sebab dibuat di tempat lain jadi nak ke sana tu bercinta sikit. Kali ni dapat juga saya jumpa member-member lama dan yang selalu berbual dalam FB. Dapat jumpa face to face dengan Ika dari Singapura, Prof Kamil & Puan Roza suami isteri yang selalu baca statusnya di FB, Rehal yang saya & hubby kenal sejak mula menulis dulu (sekarang Alhamdulillah dia sudah berjaya dalam bidangnya), jumpa OP Mohzan yang selalu kami usiknya di FB tentang cheese & beberapa penulis yang popular. Dan rezeki juga dapat jumpa dengan rakan itm di sana.
Ada beberapa naskhah buku yang saya aim untuk dapatkannya di PBAKL kali ni. Yang paling utama adalah Amirul Budak Sudan, Di Sebalik Tembok Yahudi ada Damai di Al-Aqsa & Setia Dengan Kebenaran. 3 buku ini memang dinantikan penerbitannya. InsyaAllah harap dapat selesai membacanya dalam tahun ini juga.
Alhamdulillah, ada rezeki tahun ini dalam bidang penulisan. Jika ada yang ingin membaca buku Sci-fi atau sains fiksyen, boleh dapatkan Aitress. Ada banyak kisah cerpen di dalamnya dari pelbagai penulis. One of it, sayalah... hehehe...
Alhamdulillah... dapat buku yang dicari + autograf penulisnya juga + buah tangan dari Sudan. Seronok dapat jumpa Puan Roza & Abla Ibtisam. Sempat lagi Abla menjemput saya ke Sudan. Speechless kejap sebab tak terlintas langsung nak ke benua Afrika tu. Tapi, mana kita tahu perancangan Allah kan. Saya aminkan dan dia berkata insyaAllah... Moga Abla Ibtisam & keluarga dipermudahan urusan di sana.
Ini pakej yang saya dapatkan untuk belian buku Prof Kamil & Puan Roza. Hopefully dapat tonton dvdnya nanti. Dan... rezeki dari Allah juga, Puan Roza hadiahkan saya Karkade Sudan atau kita di sini macam bunga roselle gitu. Bersungguh Puan Roza menyatakan cara memasaknya dan saya pun gigih mendengar (kena dengar betul2 sebab terpaksa berlawan dengan suara suasana yang sedikit bingit). Ada rezeki, saya sharekan masakan yang jadi ya :)
Isi buah baobab. Pernah dengar & belajar tentang pokok baobab di benua Afrika? Saya dengar tentang pokok ni pun masa belajar Geografi dulu. Dan takdir Allah, kali kedua ke PBAKL dengan hubby, kami dapat merasa buah baobab yang dihadiahkan kepada Puan Roza oleh Abla Ibtisam. Prof Kamil siap kata, "cuba rasa dan beritahu saya apa rasa buah ini?" Saya dan suami makan sedikit. Buah ini tak berapa keras digigit dan bila dikulum dalam mulut beberapa ketika, kita akan mula rasa masamnya. Terus saya dan suami berpandangan. "Macam buah asam kan?" Dan Prof Kamil kata, buah ini rasanya seakan-akan buah keranji (ingat tak pantun 'buah keranji dalam perahu'). Budak zaman sekarang mungkin tak cam buah ini, katanya. Saya & suami pernah rasa buah keranji pun dalam 2 tahun lalu. Bila adik saya kahwin.
Rezeki kami dapat berjumpa dengan Prof Kamil. Selalu kami baca statusnya di FB dan kali ini encik hubby akhirnya dapat bertentang mata dengannya.
OP Mohazan, kami mulanya hanya kenal melalui buku Pilo Talk. Dan akhirnya kami bersahabat di FB. Alhamdulillah, semalam kami bertiga dapat berjumpa dengannya. Siap suami dok sakat tentang masakan cheese lagi dengannya (dia lelaki yang suka kepada masakan tradisional yang asli). Yang abang baju putih tu, rasanya ramai orang kenal. Dia ada berlakon dalam drama Teman Lelaki Upahan. Exactly, mereka berdua antara orang kuat buku Indie :)
Tengah dok nak habiskan nasi lemak masa sarapan, tetiba ada orang tegur. Wah... rezeki jumpa member lama. Jika ikutkan, saya kenal dia masa belajar Bahasa Inggeris di MARA & kemudian saya, hubby & dia belajar di itm yang sama. Hubungan kami pun terus kekal sampai skarang (meskipun berhubung hanya di FB). Kiranya almost 20 years kami berkawan.
Airul @ Rehal Nuharis, kami berdua kenal dia masa mula-mula dalam bidang penulisan. Dia salah seorang staf penerbit & dia memang seorang yang ramah. Alhamdulillah, kerana keramahan dia, kami baik secara tak langsung. Moga dia terus sukses dalam kerjayanya & dipermudahkan segala urusan baik (dia script writer untuk drama Kau Aku Kita & Mr Donat Karamel)
Karkade dari Sudan & Biskut Kiut dari Singapura. Kedua-duanya hadiah dari rakan penulis. Member siap kata, biskut tu sedap. So, kongsilah dengan cik hubby. Terima kasih banyak-banyak untuk rezekinya :)
Have a wonderful day everyone...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan