Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 1 Januari 2016

Spaghetti sayur dengan buah delima @ Spaghetti vege with pomegranate


Assalammualaikum & Selamat Tahun Baru 2016 semua.

Moga tahun baru ni, anda ceria, tenang, banyak bersabar dan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dunia & akhirat.

Pagi ni, saya tetiba teringat yang encik hubby suka spaghetti dengan sayur. Dek kerana semalam mengemas peti ais dan teringat juga ada buah baby tomato, batang saderi dan lemon. Itu yang nak buat. Dan bila dah masuk ke dapur, Allah tiba-tiba beri ilham nak masukkan buah delima dalam masakan (dalam seminggu lepas ada beli buah delima untuk ayah mertua sebab dia batuk + ternampak resipi salad Jamie Oliver dalam instagram).
So, apa lagi, maka bermulalah aktiviti memasak makanan sihat untuk encik hubby.

Oh ya, sebelum terlupa, buah delima ni ada 2 jenis tau kalau anda perasanlah bila ke pasar atau supermarket. Ada yang warna merah cair kekuningan dan ada yang berwarna merah menyala kulitnya. Yang warna merah cair tu, selalunya delima Malaysia dan Asia Tenggara manakala yang delima warna merah menyala tu dari India dan Timur Tengah. rasanya pun agak berbeza. Apa yang penting, ada beli aje delima mana yang anda mampu. Janji ia tetap buah delima yang Allah katakan di dalam Al-Quran :)

"Pada kedua-duanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan".
(Ar-Rahman: 68-69)

Jom kita masak...


Bahan-bahan:
1. 1/2 paket spaghetti (jika anda nak masak banyak, bahannya nanti tambah2lah sedikit ya)
2. 1 labu bawang besar/bawang holland
3. 5 biji fishball dipotong separuh
4. 2 ketul isi ayam (saya guna aje ayam drummet yang goreng semalam. Kalau ada fresh, amat dialukan)
5. 2 batang sayur saderi dipotong kecil
6. 6-7 biji tomato kecil
7. 1/4 jus lemon
8. 3 sudu besar minyak zaitun/minyak sayuran
9. 1 cawan air rebusan spaghetti
10. Garam secukup rasa
11. 1/2 sudu besar lada hitam yang dikisar
12. 1/4 isi buah delima

Penyediaan.
1. Rebus spaghetti ala-ala al-dante (ikut aje yang tertulis kat paket tu ya berapa minit nak rebus). Taruk sedikit garam masa nak rebus tu.
2. Bila nampak spaghetti dah nak masak, ambil airnya 1 cawan dan bolehlah toskan spaghetti tadi.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan fishball dan bila dah nampak fishball macam dah garing sikit, masukkan pula sayur batang saderi. Gaul sebentar dan masukkan separuh cawan air spaghetti tadi. Gaul dan biarkan batang saderi lembut dalam 2-3 minit.
5. Masukkan isi ayam, spaghetti dan perahan jus lemon. 
6. Masukkan pula buah tomato dan kemudiannya separuh dari isi delima yang 1/4 tadi, Masukkan garam dan lada hitam. Gaul dalam 1 minit gitu.
7. Bila dah masak, tutup api dan masukkan spaghetti vege ke dalam pinggan dan kemudian taburkan lebihan buah delima tadi di atas spaghetti. Tadaaaaa....... Siap. Sure anda rasa happy tengok isi pinggan yang colourful... :)

Happy cooking & Happy New Year.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...