Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.
Syria. Rasanya semua orang tahu akan pergolakan dan peperangan yang berlaku di sana. Negara yang satu ketika dahulu cantik, dirahmati buminya dan baik penduduknya telah hilang lenyap segala-galanya. Hanya kerana lelaki-lelaki dan manusia GILA yang sudah hilang waras dan mati rasa hatinya.
Saya mengetahui tentang Syria pada awalnya hanya sedikit sahaja infonya. Dan saya mengetahui tentang bagusnya belajar dan rakyatnya di sana apabila terbaca artikel tentang Azmil Mustafa (pelakon Ali Setan tu) yang berhijrah ke sana untuk mendalami ilmu agama. Namun kini, Syria terkenal seantero dunia akibat ramai penduduknya yang telah menjadi pelarian di merata tempat hanya kerana untuk melarikan diri dari menjadi mangsa GILA PEMIMPINNYA serta SEKUTUNYA.
Keadaan sebelum dan ketika ini di Syria. Allahu Akbar...
Tiap kali melihat video atau gambar tentang mereka yang disiksa, dizalimi, ditindas, dibiarkan kelaparan dan sebagainya, hati ini menangis sendirinya. Dan hanya pada Allah saya berharap agar mereka yang mati itu dikurniakan syahid serta mati terseksa pada mereka yang membunuh dengan kejam manusia yang tidak berdosa. Ya, saya berdoa dan berharap agar mereka yang jahat dan tiada perikemanusiaan itu tersiksa hidup dan matinya.
Naskhah Lelaki Terakhir Menangis di Bumi ini sudah ada hampir sebulan dengan saya. Cuma masa untuk membacanya sedikit lambat kerana tuntutan bahan bacaan lain yang ingin dibaca dan kerja yang menimbun. Namun, naskhah ini mula dicapai 3 hari selepas menonton AJL 30. Saya terkesan dengan apa yang disampaikan dan dipertontonkan oleh Faizal Tahir apabila menyampaikan lagu Assalammualaikum. Cukup terkesan sehingga mampu membuatkan air mata terbit di akhir lagu. Ya Allah... adakala rasa malu bila fikirkan kembali apa yang dilakukan untuk membantu mereka di luar sana sungguh sedikit.
Dan bila membaca buku tulisan Musa Nuwayri ini (juga yang memulakan projek Tangisan Syria di Bumi Jordan) berserta dengan gambar-gambar yang dilampirkan sekali, hati sekali lagi rasa bagai dicarik-carik. Tuhan, mana perginya rasa hati yang Kau berikan pada setiap manusia sehingga sanggup menzalimi manusia lain tanpa rasa takut padaMu. Lupakan mereka yang Kau mampu lakukan pada sahaja dan lupakah mereka pada kematian & pertemuan denganMu? Ya Allah....
Ada satu kisah dalam buku ini tentang seorang lelaki bernama Abu Abdullah. Dia lelaki yang kaya di Syria satu ketika, namun akibat perang segalanya telah berubah 360 darjah. Apa yang dia ada sekarang hanya keluarganya dan keperluan asas yang terlalu asas sehingga terpaksa dibantu oleh orang lain. Dan kata-katanya yang jujur pada penulis serta kisahnya telah membuatkan saya tanam dalam hati bahawa apa sahaja yang kita miliki sekarang ini mampu diambil Allah bila-bila masa dengan pelbagai cara. Kita tak akan tahu bagaimana akhirnya hidup di dunia ini.
Kisah-kisah lain seperti anak kecil dengan telur rebus, anak kecil yang menjadi buruh, sisa makanan yang dimakan kembali, ibu tunggal yang semua ahli keluarganya adalah wanita dan banyak lagi kisah dalam buku ini mampu membuatkan anda untuk sebak dan berfikir kembali 'bagaimana cara untuk aku membantu mereka saudara seIslam ini di luar sana?'
Untuk anda yang belum membaca buku ini dan belum mendapatkannya, saya berharap sangat agar anda membelinya atau menghadiahkannya kepada sesiapa yang anda inginkan. Moga kita semua rasa bersyukur setiap kali melihat cover buku ini (of course anda tentu dah baca isinya) pada setiap apa sahaja pemberian yang diberikan oleh Allah. Dan ingatlah, setiap manusia muslim itu bersaudara dan darah mereka HARAM kita bunuh sewenangnya.
Syria, satu ketika dahulu...
Subhanallah... Syria...
Cantik bukan bumi Syam ini...
Penempatan pelarian Syria di Jordan. Yang ni pun buat saya ada rasa nak marah. Mana halanya Raja Jordan yang claim dirinya Islam ni? Begini kau biarkan orang yang meminta bantuan kau... Saya harap satu hari nanti, dia atau ahli keluarganya akan rasa seperti mana mereka ini rasa. Baru tahu langit itu milik Allah...
Allahu Akbar... kurniakanlah syahid kepada mereka yang mati mempertahankan diri, keluarga, agama dan aqidah mereka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan