Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 9 Januari 2016

5 bintang untuk buku Pemburu Kesepian di Bumi Geordy


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni saya nak kongsikan 1 buku yang baru sahaja habis dan saya terus beri 5 bintang.
Buku ni adalah buku travelog penulis ketika sedang melanjutkan pelajarannya dalam phd 8 tahun lalu. Ada banyak info, pengalaman, perkongsian dan kisah yang menarik di dalam. Ada beberapa fakta baru yang baharu saya tahu yang membuka minda saya dan ada juga yang saya akui kebenarannya (sebab ada beberapa rakan yang tinggal dan belajar di UK, so, agak familiar juga dengan perkongsian ilmu buku ini).

Ada satu kisah di dalam buku ini tentang sebab MENGAPA kita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat phd. Saya dulu, pernah disogokkan oleh abah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi ini tetapi mungkin bukan rezeki saya dan keinginan untuk menyambung itu tiada, maka tak tercapailah hajat dia (at least, I follow what he wants 12 years ago). Saya tak berani nak ambil risiko belajar ke peringkat ini atas alasan tertentu. But, saya AGREE pada apa yang disampaikan oleh penulis ini dan juga Prof. Mehmer Asutay juga penulis Paulo Coelho. PHD adalah tentang harga pengalaman yang dilalui dalam proses mencapai sesuatu matlamat. Pengalaman atau proses itulah yang jika dilihat kembali adalah sesuatu yang berharga berbanding harta. Kita dapat menilai, mengenal, mengetahui dan juga menjadi seorang yang kritis & berfikir sebelum melontarkan satu-satu pendapat. Penambahan ilmu yang ada mampu merubah corak pemikiran kita dalam usaha mencapai matlamat yang diimpikan.


Kisah tentang car boot sale & free cycle di UK telah saya dengar dari seorang rakan yang menuntut di sana sewaktu bekerja dulu. Dia menceritakan bahawa dia pernah membeli barangan car boot sale yang masih elok dengan harga yang murah. Dia juga pernah menyewa kamera ketika ini merakamkan kovokasyennya di sana. Katanya, "harga, nilai barangan dan kepercayaan di sana amat berbeza dengan kita. Sukar untuk menandinginya."

Perkongsian ilmu dalam bab 'Jenama Baharu, Kita Punya', memberi info baru kepada saya tentang pemikir dahulu dan juga kemunduran sesebuah negara. Menurut Jamaludin al-Afghani (1838-1897M), beliau memberikan diagnosis kelemahan dan kemunduran umat Islam adalah disebabkan oleh kehilangan keadilan dan syura di dalam sistem politik mereka. Kurangnya penyertaan rakyat dalam proses pemerintahan dan juga kerakusan para diktator merupakan resipi utama pembentukan umat yang majal.

Ada banyak perkongsian ilmu yang disampaikan penulis dalam buku ini yang tak mampu saya nak kongsikan semuanya. Memang saya sarankan anda, pencinta ilmu, umat yang bijak dan suka membaca, agar mendapatkan buku ini dan jadikan ia sebagai bahan bacaan anda untuk merubah persepsi kepada lebih menghargai ilmu, menghargai pengalaman, belajar untuk melihat kepada persekitaran dan dunia luar dengan lebih terbuka  tapi masih dalam garis-garis Islam dan berubah untuk menjadi lebih baik (you can make the different in your life + walau sekecil manapun bantuan/perkongsian anda, kena ingat, ada impaknya pada orang lain).

Mari saya kongsikan lagi beberapa mukasurat yang menarik dalam buku ini. Hopefully ianya membantu dan menjadi pencetus untuk anda membaca & membeli buku ini.




Have a nice day...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...